Saturday 11 August 2012

PANAS !! PADAH BUAT CERITA PALSU BLOGGER PAKATAN BERAYA DI TIRAI BESI



Inilah dia wajah blogger pro pembangkang lebih dikenali sebagai Din Sharpshooter yang dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan berkuatkuasa serta merta kerana menghina mahkamah dan memfitnah DS Rais Yatim..

Kesian aku tengok din terpaksa menyambut lebaran di penjara gara gara tindakkan bodohnya untuk jatuhkan karier politik DS Yatim dengan cerita cerita yang direka..Lebih malang, din tidak dapat sokongan dari pemimpin pakatan..

Blogger, Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata, Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam laman blognya.

“Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,” katanya.

Beliau berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

“Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,” katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: “Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham”. – BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive