Inilah yang diluahkan oleh blogger Pakatan yang malu dengan kepala kepala mahasewel yang berdegil mahu meneruskan jugak demo ni.Kekuatan sokongan buat Adam adli hanya 300 orang sahaja.tak sampai 1%pun dari jumlah keseluruhan mahasiswa..Aku pun bekas mahasiswa jugak.tapi takdak lah nak jadi bodoh kayu macam depa ni..Baca entri dari suara pakatan rakyat di bawah
MEMALUKAN. Itulah yang mampu penulis katakan mengenai kegagalan demonstrasi mahasiswa bagi mendesak pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Penulis memang dari awal ragu-ragu dengan keputusan mengadakan demonstrasi Mansuh PTPTN ini dan tindakan meletakkan Adam Adli mengetuainya atas pelbagai sebab yang jelas disini
Dan ternyata, kebimbangan penulis itu berasas bila dilaporkan hanya 300 orang sahaja yang menyertai demonstrasi pemansuhan PTPTN ini, manakala rancangan asal untuk berarak dari Padang Merbuk ke Dataran Merdeka juga tidak berjaya kerana penulis difahamkan perarakan bermula di Masjid Jamek hingga ke Sogo.
Apa masalahnya? Bukankah Adam Adli sahaja didakwa mempunyai sokongan beribu mahasiswa, kenapa nak mengumpulkan 5,000 orang peserta pun tidak mampu? Begitu juga dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan mewakili puluhan ribu mahasiswa lain di merata tempat dalam negara.
Atau isunya tidak menarik? Penulis tidak rasa begitu, siapa yang tidak mahu hutang dihapuskan dan mendapat pulangan wang atas pinjama terdahulu? Sudah tentu silapnya adalah dengan Adam Adli sendiri.
Perlu diingat, kegagalan hari ini tidak boleh dipandang ringan kerana dalam masa yang sama kita bercakap tentang Bersih 3.0 yang akan mengumpulkan 500,000 orang peserta dan demonstrasi hari ini sebagaiwarming up kepada demonstrasi yang lebih besar pada 28 April itu?
Itu pun penulis mendengar, bukan semua yang hadir adalah mahasiswa tapi kutu jalan yang dipungut untuk meramaikan peserta, benarkah begitu? Jika benar, maka anggapan penulis sebelum ini bahawa Adam Adli tidak punya karisma sebagai pemimpin mahasiswa adalah benar juga. - Suara Pakatan Rakyat
Inilah hakikat sebenar.Suara Mahasewel ni sebenarnya takdak kekuatan pun..Mahasiswa lain sebok ulang kaji pelajaran tiap tiap minggu,yang mahasewel ni sebok nak berpolitik dan berdemo saja..
2 comments:
ooo..
"Belum cuba belum tahu, selamat melabur."
bile dah melabur
"bila cuba baru tahu, selamat melebur"
Damaged already DONE by this film ! maybe scared for his life ? Just pray for him to be good Muslim Insyallah.
Post a Comment