Tuesday 17 April 2012

PAS Pulau Pinang Sahkan Anwar Tidak Tunai Janji



AIDCNews – 16/04/12 – PAS Pulau Pinang mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunaikan janji dalam pelantikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada parti itu sebagaimana yang dijanjikan dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir pada tahun 2009.

Bercakap kepada mole.my, Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dilaporkan berkata, “semasa pilihanraya kecil itu, PAS dijanjikan jawatan YDP MAINPP jika menang di Permatang Pasir.

“Secara peribadi, saya merasakan ini bukan isu, tetapi bagi sesetengah orang, ianya melibatkan persoalan janji seseorang”, katanya.

Walaupun PAS memenangi pilihanraya kecil itu namun janji untuk memberikan jawatan YDP MAINPP kepada satu-satunya wakil rakyat PAS di Pulau Pinang itu tidak ditunaikan.

Salleh Man (kiri) dan Malik Kassim (kanan)
Sebaliknya bulan lepas, jawatan itu diberikan kepada YB Malik Kassim dari PKR yang sudah memegang jawatan EXCO Negeri Pulau Pinang (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna). Malik adalah Adun PKR bagi kawasan Batu Maung dan juga merupakan pemimpin kanan PKR di Pulau Pinang.

Kemelut mengenai perlantikan YDP MAIPP ini telah berlanjutan sejak sekian lama sehingga menyebabkan Pembangunan Tanah Wakaf Aishah di kawasan Seberang Jaya tidak dapat dilaksanakan akibat dari kekosongan jawatan tersebut.Seterusnya.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive