Thursday, 19 April 2012

PANASS!! DNA NURUL IZZAH SAMA DENGAN AFIFAH ???



KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendesak agar Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin untuk tampil menjelaskan segala spekulasi mengenai hubungan sebenar antara Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan Azmin Ali, Farah Afifah.

Aminah berkata, sidang media antara dua ibu itu perlu dilakukan bersama agar dapat menjawab segala persoalan orang ramai mengenai status Nurul Izzah dan Afifah dari segi hukum syarak Islam.

“Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah.

“Ini bukannya satu dakwaan, tetapi satu pertanyaan yang perlu diperjelaskan orang. Dalam PKR pun banyak yang tertanya-tanya, tapi mereka tak berani bersuara takut dipecat,” katanya di sini hari ini.

Aminah yang dulu pernah berjuang dalam parti PKR pernah mendengar cerita tentang status sebenar Afifah, namun enggan mempercayai dan menganggap itu sebagai khabar angin.

“Dulu, apabila saya berjumpa dengan beberapa sahabat dalam PKR, mereka sering memperkatakan tetapi disebabkan tiada bukti kukuh, kami hanya mendiamkan diri,” katanya.

Selain itu, Wan Azizah dan Shamsidar perlu menjernihkan keadaan yang semakin tegang berikutan orang ramai sudah mempunyai tanggapan PKR adalah parti seks bebas dan mengamalkan hubungan songsang iaitu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Bagi Aminah, perjuangan politik dalam PKR hanyalah satu topeng sahaja dan berlandaskan nafsu seks dikalangan pemimpin-pemimpin parti itu sahaja.

Malah, PKR juga turut mempromosikan seksualiti merdeka kepada ramai pengikut-pengikut parti tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Wan Azizah dan Shamsidar masih lagi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gesaan Aminah.

Baca selanjutnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive