Friday, 30 March 2012

TUDIAA!! NIK AJIS BERKERAS MAHU PEGANG TIKET KE SYURGA !!!


Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.


“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abd Rahman ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin, yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.


Abdul Rahman berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya.


Nik Aziz berkata, Nabi Muhammad SAW sebagai contoh pemimpin yang sentiasa mengingatkan umatnya mengenai hal dosa dan pahala yang membawa manusia itu ke syurga atau neraka.


Dalam pada itu, Nik Aziz melahirkan rasa gembira dengan tindakan Kerajaan Pusat yang membantu dalam membangunkan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh yang dilancarkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.


Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau meminta projek itu dibangunkan sejak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun bekas Perdana Menteri itu memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.


Melalui projek itu katanya, beliau mengharapkan Kelantan terkenal di peringkat antarabangsa dengan menjadi persinggahan kapal-kapal dagang dari negara-negara Timur.


“Insya-Allah selepas ini kita akan mendapat persinggahan kapal-kapal dari negara Arab dan negara jiran Asia seperti China dan Kemboja.


“Kita bukan sahaja nak eksport barang kita sahaja, tetapi kita nak eksport perangai sekali, jangan menipu, berbohong dan caj keting, insya-Allah, ia jadi buah mulut, kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.
Alohai nik ajis oii,mu ni takdop modal lain ko nak guna,tak abeh abeh mu duk bohong penjilat penjilat tegar mu dengan UNDI PAS DIJAMIN MASUK SYURGA..Guano sebelum ni pas ghoyat nak letak calon cina dhpp bertanding atas tiket pas.depa tu kapir k*te pun tak kerat boleh masuk syurga jugak ko??

Pesta arak dan pusat judi dalam markas dhpp tu lagu mana pulak??


Orang orang kat atas yang melantak heineken bertin tin dalam markas pas di jamin ke syurga jugak ke?kawe raso otak mu dah mereng la nik ajis oii.elok mu tukar slogan tu,sebab selama pas berkawan dengan dap pkr ni brapa ramai geng geng kapir dap masuk Islam?mu jawab yang tu dulu..

2 comments:

Anonymous said...

tak paham ke PAS tu party politik,.mana ada party politik boleh jamin syurga, amal ibadat menentukan syurga, apa tak habis habis menyesatkan akidah orang,..apa punya tok guru...ilmu kat mana..tentang/lawan akidah sesat,jangan biarkan merebat sampai sesat anak cucu kita.

selamat aqidah said...

mari kita sama sama menentang akidah/ajaran sesat... selamatkan ummah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive