Wednesday 28 March 2012

DATO LATT SHARIMAN SEDIA JADI CALON PRU13 !! @latts105



ALOR SETAR - Ketua Umno Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah bersedia memikul amanah sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika mendapat mandat daripada kepimpinan parti.

Bagaimanapun, keputusan sama ada beliau layak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen mahupunDewan Undangan Negeri diserahkan kepada bidang kuasa pucuk pimpinan parti.

“Saya serah pada kebijaksanaan pimpinan tertinggi. Jika benar saya dicalonkan, saya perlu membuat persediaan awal. Namun sesiapa sahaja calon yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak, saya akan sokong,” katanya.



Menurutnya, jika namanya bukan pilihan, tanggungjawab sebagai ketua bahagian tetap dilaksana secara telus.

“Saya terima sapa sahaja amanah daripada parti. Jika tak tercalon sekalipun, saya masih pengarah pilihan rayabagi kerusi Parlimen Kuala Kedah,” katanya.

Latt Shariman yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri berkata, kebimbangannya bukan sekadar berdepan musuh politik di Kedah, malah musuh dalam selimut yang dipercayai wujud dalam mana-mana parti politik sekalipun.

Beberapa blog tempatan sebelum ini, menyenaraikan Latt Shariman antara calon PRU13, dan kemungkinan besar diletakkan sebagai calon parlimen Kuala Kedah. Latt Shariman juga sinonim dengan kawasan itu dan dilihat sering turun padang ke kawasannya setiap minggu.

Tidak hairanlah jika namanya antara yang disebut-sebut sebagai calon di kawasan Kuala Kedah.

Mengulas mengenai laporan blog pro-Pakatan Rakyat (PR) yang memberi gambaran seolah-olah kedudukannya kurang selamat di kawasan sendiri, Latt Shariman berkata, ia sekadar usaha parti lawan mahu melunturkan semangat ahli-ahlinya.

“Sudah tentu jika saya calon PRU13, mereka kurang selesa sebab rekod saya bersih. Malah saya kerap turun padang ke kawasan berbanding wakil rakyat mereka. Sebab itu mereka mahu Umno letak calon yang mudah untuk mereka patahkan,” katanya.

Laporan blog itu menyebut, setiap bakal calon Umno mempunyai rangkaian penyokongnya masing-masing. Contohnya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim diura-urakan akan bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena, namun sudah disediakan ‘pagar halangan’ oleh orang penting Umno Pokok Sena.

Latt Shariman pula yang sudah tiga tahun memugar kawasan Parlimen Kuala Kedah manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom sejak empat tahun memancing rakyat Jerai, juga dilihat masih belum selesa untuk menjadi calon BN.

Ini ekoran ada tembok hadangan yang dibina oleh ‘orang asal’ bahagian masing-masing.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, yang akan memilih calon PRU13 mengikut kehendak rakyat, Latt Shariman berkata, rakyat mahupun ahli Umno sendiri ternanti-nanti apakah kriteria yang dimaksudkan.

“Pastinya rakyat mahu pemimpin yang bersih, amanah, jujur dan rajin bekerja. Mungkin ada kriteria tertentu sebagai bonus,” katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu, senarai pendek calon Umno yang bertanding pada PRU13 akan siap menjelang bulan depan kerana senarai sedia ada sudah ada di tangan Presiden parti.

“Senarai calon itu memang sudah ada, tetapi difahamkan senarai itu sentiasa diperbaharui mengikut situasi dan kesesuaian,” katanya.-sianr harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive