Thursday 29 March 2012

MALIK KASSIM DI LANTIK SEBAGAI YDP MAIIP YANG BARU..



Pihak Utaranews dimaklumkan sebentar tadi bahawa DYMM Agung telah memperkenankan perlantikan YB Haji Malik Kassim sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.

YB Malik merupakan Adun PKR bagi kawasan Batu Maung dan juga merupakan pemimpin kanan PKR di Pulau Pinang. Selain itu juga, beliau kini memegang jawatan EXCO Negeri Pulau Pinang (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna).



Kemelut mengenai perlantikan YDP MAIPP ini telah berlanjutan sejak sekian lama sehingga menyebabkan Pembangunan Tanah Wakaf Aishah di kawasan Seberang Jaya tidak dapat dilaksanakan akibat dari kekosongan jawatan tersebut.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan PAS telah mendesak jawatan YDP ini diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man.

Jika mengikut kefahaman mengenai agama dan juga selok belok hal ehwal Islam, Ustaz Salleh Man yang juga merupakan Adun Permatang Pasir dikatakan lebih layak mengisi jawatan tersebut berbanding Malik Kassim.

Menurut sumber dalaman pentadbiran negeri, pihak UtaraNews difahamkan ada beberapa pemimpin melayu PR akan merayu kepada DYMM Agung dalam tempoh terdekat supaya perlantikan tersebut ditarik balik.

Mereka bimbang ia akan mencetuskan rasa tak puas hati dikalangan umat Islam di negeri ini kerana YB Malik Kassim bukanlah seorang yang mempunyai latarbelakang agama untuk mentadbir MAIPP.

Berita lanjut bakal menyusul..

Sumber utara news

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive