Thursday 29 March 2012

TUDIAA!! MUSIBAT PAS PUN KAKI KENCING JUGAK KE??



Ini kisah pembohongan seorang perempuan dari Sarawak yang kini memegang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor. Beliau juga merupakan adun Selat Kelang yang mewakili parti Pas.
Bekas Exco yang Selangor yang dipecat oleh Pas,Datuk Dr Hassan Ali dalam sidang medianya semalam bagi menjawab tuduhan jahat Azmin Ali menjelaskan tentang isu ubahsuai pejabatnya yang menelan belanja RM 300 ribu.

Mengikut Dr Hassan, kos bagi ubahsuai pejabatnya itu diluluskan mengikut prosedur dan sama sepertimana yang diluluskan kepada dua lagi Exco iaitu Dr Halimah dan Xavier Jayakumar yang mana kosnya lebih tinggi daripada yang diluluskan kepada Dr Hassan.

Halimah dalam jawapannya melalui harakahdaily.net hari ini menafikan dakwaan itu dan menganggap tuduhan Dr Hassan adalah satu tuduhan liar.


Melihat jawapan Halimah kami di selangordaily.com boleh simpulkan ianya satu jawapan yang gelabah sepertimana jawapan kanak-kanak apabila ditanya oleh ibu kerana mengambil wang ibunya.

“Adik,kamu ambil wang ibu ?’

“Tak ibu ,adik tak ambil , ibu boleh periksa poket adik dan jangan lupa periksa dalam beg sekolah adik” .

Manakala Halimah pula dalam keadaan gelabah menjemput media media melawat pejabatnya dan berkata jangan lupa bawa kamera sekali.

Halimah berbohong !
Daripada sumber-sumber dalaman kami di bangunan pentadbiran Kerajaan Selangor yang sampai kepada kami hari , kos untuk ubahsuai pejabat Halimah di tingkat 7 yang berjumlah RM 349 ribu telah diluluskan. Sehingga kini kerja-kerja ubahsuai yang dilakukan sekitar 1/4 dari ruang pejabatnya sahaja, dan bayaran antara RM 80-90 ribu telah pun dibayar kepada kontraktor yang melakukan kerja-kerja ubahsuai tersebut. Untuk kerja-kerja seterusnya ditangguhkan sementara waktu.

Apakah Halimah tidak merasa bersalah melakukan penipuan sebegitu seolah-olah langsung beliau tidak mendapat kelulusan RM 349 ribu untuk ubahsuai pejabatnya atau tidak pernah melakukan sebarang kerja-kerja ubahsuai pejabatnya ?

Kami di selangordaily.com menunggu reaksi daripada Halimah. Adakah beliau ingin menafikan dakwaan kami atau mengesahkannnya ?

Jika Halimah menafikannya, kami akan sambung untuk pendedahan seterusnya.

Sumber klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive