Tuesday, 18 March 2014

TERKINI !!! LANDASAN US AIR BASE DIEGO GRACIA DITEMUI DALAM SIMULATOR KAPTEN #MH370




Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.



"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharie," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.-AstroAwani

5 comments:

Anonymous said...

Kalau pilot PKR tu terlibat atau tidak, insiden MAS ini disyaki pd. asasnya melibatkan geopolitik global yg. paling DAJAL oleh CIA-MI6-Mossad-NATO - yg. juga disyaki MENAJA PEMBANGKANGSONGSANG!

Lihat mengapa pengkalan tentera US di Diego Garcia ini amat MENCURIGAKAN (tentulah si CIA, begitu juga MI&-NATO, yg. kesemuanya dikuasai Mossad-Israel DAJAL akan menafikan!) - di http://www.abovetopsecret.com/forum/thread1002237/pg1, Diego Garcia “Island Paradise or Torture Chamber?”, Mar, 13 2014; http://medantempurkedah.blogspot.com/2014/03/panass-mh370-bekas-cia-kutuk-malaysia.html, PANASS #MH370 !! BEKAS CIA KUTUK MALAYSIA & MENGAKU AGENSI PERNAH HIJACK PESAWAT TANPA DI KESAN !!,17 March 2014; http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=55408, 9/11 and Zion: What Was Israel’s Role?, By Nick Kollerstrom on August 31, 2012; dan http://21stcenturywire.com/2014/03/16/the-case-of-malaysias-missing-airliner-mh370-part-two/, The Case of Malaysia’s Missing Airliner MH370 – Part Two, March 16, 2014, By Shawn Helton:

….from retired 35 year Delta pilot, Field McConnell, who states that since 1995, Boeing Uninterruptible Auto Pilots have been equipped in Boeing planes. This information was not released until March of 2007, following a subsequent lawsuit by McConnell.

...Boeing is said to have stated that by end of 2009 all Boeing planes would be fitted with the BUAP - making them impossible to manually hijack within the plane but susceptible to remote control by the military, according the flight veteran...

McConnell and his associates further explain the device used to control aircraft through his site abledanger.net, stating that Hillary Clinton and Rose Law Firm had originally obtained the patent for the Quartz Rate Sensor used in many military craft:

“The QRS-11 GyroChip sensor is used on commercial aircraft to rotate the antenna to receive signals from satellites for the in-flight entertainment system, radar tracking and flight controls. If the aircraft is equipped with a uninterruptible autopilot, signals can be received from a satellite to remotely fly the aircraft.

The sensor provides stabilization, flight control, and guidance. It also is used in missiles, Unmanned Aerial Vehicles (UAV ) and other military as well as space and industrial applications. Because of the sensitive nature of its military applications, the export of the technology is regulated.”….

……Additionally, if what McConnell alleges is true, why hasn’t his crucial Boeing information been discussed among the many so-called experts in avionics and air traffic control on larger media outlets?....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

pada pengetahuan saya .. untuk mendapatkan rakaman imej satelit Diego Garcia dari negara lain selain US adalah MUSTAHIL !
Tak pasti samada MH370 berjaya mendarat di Diego Garcia atau terhempas dalam Lautan Hindi ... cuma pihak US sahaja yang tahu.
Percaya atau tidak keseluruhan Lautan Hindi SENTIASA diawasi 24/7 oleh satelit milik US. Terpulang pada mereka nak bagi tahu atau tidak ......

Anonymous said...

Anon 12:58, kau bilang, "Terpulang pada mereka nak bagi tahu atau tidak ......" - oh, jadi US-si-JAHANAM tu boleh buat apa sajalah?! K'jaan kita mesti jgn. tunduk dgn. US-si DALANG-DUA-MUKA ini!

Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego Garcia ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke Kepulauan Andaman, dari awal lagi!

Sedgkn tentu pengkalan militari ini akan memantau seluruh Lautan Hindi utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?; dan http://www.abovetopsecret.com/forum/thread1002237/pg1, Diego Garcia “Island Paradise or Torture Chamber?”, Mar, 13 2014.

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

anon 13:25
menyentuh soal Diego Garcia ini jika anda seorang sailor atau pilot , ini ialah kawasan "larangan" yg tak bertulis.Dengan segala jenis senjata top secret US ada di sana sudah pasti kawalan keselamatan adalah SANGAT ketat, sentiasa diawasi satelit, pesawat,kapal laut juga submarine Yg pasti segala bentuk komunikasi pesawat atau kapal asing akan "terganggu" bila memasuki kawasan ini. itu belum lagi "lintasan" mesra dari pesawat tempur US !!
Pada pembaca yg masih tak faham ... bayangkan Diego Garcia itu Terumbu Layang2 ... sentiasa diawasi walaupun kemampuan radarnya ciput berbanding Diego Garcia.
selain landasan di Terumbu, landasan paling hampir ialah 100 nm di K.K

Anonymous said...

Salah kerajaan sendiri yang bagi kakitangan di jabatan kerajaan dan agensinya berpolitik di tempat kerja, bila dah banyak sokong pembangkang jadi cerita lainlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive