Sunday 16 March 2014

#PRKKAJANG #MH370 !! WAN AZIZAH " GANTUNG DIRI " DI #KAJANG !! #KAJANGMOVE @NajibRazak @Tunfaisal




Kempen Wan Azizah di PRK Kajang nampaknya sudah melebihi batas sebagai seorang calon.. Dalam satu video ceramahnya di Sungai Jelok Kajang 2 malam lepas, Wan Azizah memperlekehkan usaha kerajaan menjalankan operasi SAR pesawat MH370 dengan menuduh kerajaan Malaysia mengunakan khidmat bomoh..

Sebelum ini, Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut.






Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR itu yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.

Pihak TMI tersebut cuba dihubungi oleh Selangor Press, namun panggilan tidak dijawab.

Ekoran tersiarnya artikel itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati atas tragedi pesawat MH370 mengutuk keras kenyataan dan tuduhan tidak berasas dibuat calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu.

Beberapa pemerhati politik melihat tindakan TMI tersebut bertitik tolak atas paksaan pihak tertentu agar artikel tersebut dipadam bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam masyarakat terutama menjelang PRK ini.

Semasa ceramah di Sungai Jelok itu, Wan Azizah telah menyelar kerajaan dan menuduh bahawa kerajaan Malaysia bergantung kepada khidmat bomoh untuk mencari pesawat MH370, selain turut menyelitkan beberapa kutukan terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Selangor Press

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive