Saturday, 22 March 2014

SIAPA INDIVIDU TERAKHIR KAPTEN ZAHARIE TELEFON DARI KOKPIT SEBELUM BERLEPAS ??




AIDCNews – 21/3/14 – Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas, lapor mynewshub.

Memetik sumber media United Kingdom, satu laporan menyebut penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac.



Maklumat itu diharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.

Harian Metro, 18 Mac melaporkan elemen ugutan yang mungkin diterima dua juruterbang pesawat MH370 sebelum menaiki pesawat turut menjadi skop siasatan terbaru pihak berkuasa berdasarkan pelbagai maklumat dikumpul setakat ini.

Menurut sumber, skop siasatan itu akan diperluaskan termasuk menyiasat telefon bimbit, pesanan e-mel, laman sosial serta alat telekomunikasi lain dimiliki dua juruterbang pesawat MH370 yang memungkinkan mereka diugut sebelum menerbangkan pesawat itu.
Sumber berkata, pihak berkuasa turut menjalankan siasatan ke atas ahli keluarga terdekat kedua-dua juruterbang terbabit bagi mendapatkan lebih maklumat.

“Elemen ugutan ini masih dalam siasatan dan usaha mendapatkan lebih banyak petunjuk baru sedang dilakukan.

“Sekiranya perlu, kita akan periksa juga telefon bimbit milik ahli keluarga juruterbang terbabit dan alat telekomunikasi lain yang memungkinkan terdapat unsur ugutan dan ancaman diterima,” katanya.

Beliau berkata, siasatan bagaimanapun masih di peringkat awal untuk mengenal pasti motif sebenar mengapa pesawat yang dijadualkan tiba di Beijing, China itu mengubah haluannya.
AIDCNews

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive