Sunday, 16 March 2014

CALON BN #PRKKAJANG @ChewMeiFun CALON BERWIBAWA - @MukhrizMahathir @tunfaisal




Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengingatkan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang supaya tidak terpedaya dengan manifesto calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk pilihan raya kecil 23 Mac ini.

Pengundi di Kajang perlu sedar bahawa janji-janji yang dibuat PKR pada pilihan raya umum tahun lepas masih belum ditunaikan, inikan pula yang baharu, katanya.



Dr Wan Azizah dalam manifesto yang dilancarkan Rabu lepas, antara lain memuatkan janji untuk menangani kesesakan lalu lintas, membanteras jenayah, pembangunan anak muda dan usahawan kecil.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata selama ini Barisan Nasional (BN) tetap menyumbang kepada rakyat di Selangor, khususnya di Kajang walaupun berada di pihak pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun suara dalam kalangan kelompok pembangkang perlu diperkukuhkan lagi bagi memastikan kerajaan negeri tidak meminggirkan rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat, katanya.

“…dan untuk itu BN telah menawarkan Datin Paduka Chew Mei Fun, seorang calon yang sangat berwibawa dan mempunyai rekod yang cemerlang…mampu menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, malah tidak ada masalah untuk menyumbang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kantan di sini hari ini.

Mengenai PDM Sungai Kantan yang merupakan kawasan angkat bagi Umno Kedah, Mukhriz berkata jentera yang ditugaskan akan terus berusaha meningkatkan sokongan. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive