Tuesday 18 March 2014

KERAJAAN KEDAH LANCAR KIT PEMBELAJARAN ONLINE [ DARULAMAN E-TUTOR ]



Kerajaan Negeri Kedah melancarkan Darulaman e-Tutor(DeT)untuk kegunaan seluruh sekolah di Negeri Kedah.. DeT merupakan usahasama antara kerajaan Negeri Kedah dengan Yayasan Bank Rakyat bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan pembelajaran di sekolah.

DeT merupakan modul pembelajaran dalam talian yang akan membantu merealisasikan objektif perlaksanaan pelan Pembangunan Pendidikan Negara dengan menerapkan ICT ke dalam kelas..

Sebanyak 10 ribu ID telah disumbangkan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM 1.5 Juta.





Dalam pada itu Exco ICT YB Sabrina berkata "Kedah merupakan Negeri Pertama melancarkan pendidikan atas talian dan sekarang ini kerajaan sedang memperbaharui kemudahan sistem ICT di seluruh Negeri Kedah agar sistem aplikasi DeT ini dapat digunakan di semua sekolah".

Sekolah sekolah yang mempunyai kemudahan makmal komputer dan akses internet sahaja akan dibekalkan dahulu dengan sistem DeT..

Majlis perlancaran ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu turut dihadiri Exco ICT YB Sabrina, YB Dato Tajul Urus Mat Zin, YB Badrol Hisham dan Adun Pedu YB Kama Noriah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive