Sunday, 13 October 2013

PROSES PEMILIHAN UMNO CARCA MARBA !! WARNA KERTAS UNDI BAHAGIAN DN PUSAT SAMA


Dari awal tengah hari tadi lagi aku dah tulis pasal kekeliruan perwakilan yang mengundi kerana terdapat kekeliruan pada warna kertas undi yang hampir sama antara kertas undi di bahagian dan pusat..

Ada dikalangan perwakilan wanita menghadapi masalah untuk mengundi siang tadi..Malah banyak juga undi rosak.. Semua berpunca apabila tiada penerangan dan taklimat untuk menerangkan proses pengundian kali ini..

Baca kenyataan tok Bashah dalam Sinar online

Proses pemilihan Umno peringkat sayap parti membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian yang dijalankan serentak seluruh negara hari ini dilihat boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan perwakilan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau tidak berpuas hati dengan beberapa perkara yang terdapat sepanjang tinjauan terhadap proses pemilihan berlangsung.

Katanya, antara perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan adalah membabitkan kertas undi menggunakan warna yang sama untuk setiap jawatan yang dipertandingkan.

“Saya khuatir keadaan itu akan menyebabkan banyak undi rosak jika berlaku kesilapan dalam proses undian.

"Ini akan memberi kesan kepada pemilihan yang dilakukan,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemilihan Wanita Umno Bahagian Alor Setar yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Iskandar, dekat sini.

Ahmad Bashah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, kertas undi untuk jawatan Exco turut digunakan untuk pemilihan jawatan Exco bahagian boleh menyebabkan perwakilan keliru.

“Kertas undi untuk jawatan Exco Malaysia ada 20 yang perlu diisi, bila kertas yang sama digunakan untuk pemilihan jawatan Exco bahagian kekeliruan akan timbul sebab untuk jawatan bahagian dikehendaki pilih 15 calon berbanding kebangsaan 20 calon.

“Sepatutnya jawatan setiap peringkat sama ada peringkat kebangsaan ataupun bahagian perlu menggunakan kertas undi yang berlainan mengikut keperluan undian. Ini kelemahan yang jelas kita harap dapat diperbaiki untuk menghadapi pemilihan peringkat tertinggi 19 Oktober nanti,” katanya.

Selain itu, beliau turut bimbang apabila mendapati petugas pengiraan undi juga didapati dijalankan oleh petugas-petugas yang tidak terlatih.

“Hasil tinjauan, saya mendapati petugas-petugas kiraan undi sendiri tidak mahir mengenai proses pengiraan undi yang akan dijalankan. Ini menunjukkan suatu kelemahan dan kita bimbang berlaku kesilapan yang boleh menimbulkan keadaan tidak puas hati di kalangan calon.

“Sepatutnya mereka (petugas) ini diberi kursus terlebih dahulu dan dijelaskan secara terperinci mengenai sistem kiraan yang digunakan untuk pemilihan kali ini,” jelasnya.

1 comment:

Anonymous said...

Tu la keje melayu. .komplen kuat...nk kondem jer..ni baru first time pakcik non..ada kekurangan nnt buat post moterm cr cara tmbh baik..hang tu baguih sgt ke buat keje..xde org komplen..melayu mudah lupa la hang ni..loklaq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive