Monday, 14 October 2013

GEMPARR !!! PEMILIK RUMAH TERKEJUT ULAR SAWA MAKAN KUCING



Ketakutan seorang penduduk di Jalan Dato’ Isaacs yang selama ini sering melihat ular sawa berlegar di pekarangan rumahnya sejak seminggu lalu, kini berakhir dengan tertangkapnya reptilia seberat 60 kilogram itu.

Dia yang mahu dikenali sebagai Heng, menarik nafas lega apabila ular itu berjaya ditangkap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu, tengah hari kelmarin.

“Saya terkejut melihat ular sawa itu sedang membaham seekor kucing dan terus bertindak melaporkannya kepada JPAM supaya dapat menangkap ular itu.



“Ini kejadian kedua berlaku di kawasan rumah saya melibatkan ular sawa yang besar, sebelum ini ular juga masuk dalam rumah (pekarangan rumah), ada yang kecil dan besar, saya halau dengan nyalakan api supaya (ular) lari.

“Ular banyak di sini kerana banyak sampah dan saya percaya ia tinggal di dalam sampah berhampiran rumah saya. Kalau kawasan tempat pembuangan sampah bersih, saya yakin ular tidak ada,” katanya.

Heng berkata, dia tidak berani keluar rumah terutama pada waktu malam kerana bimbang ular itu akan mencederakannya.

“Musim hujan juga sangat menakutkan saya kerana biasanya ular akan datang, ada yang masuk dalam rumah dan ada yang berlegar di luar rumah sahaja menunggu kucing untuk dijadikan makanannya,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive