Friday, 18 October 2013

CARA SHARIZAT KEMPEN VP MACAM TAK NAK UMNO BERUBAH !!




Cuba hangpa baca kenyataan Kak Ijat untuk kempen VP kali ni..Nampak sangat dia nak semua ahli undi VP yang sedia ada..kalau macam tu baik tak payah buat pemilihan.. Pegang ja kuasa tu sampai bila bila.. Jangan bagi langsung pemimpin muda isi jawatan besar.. Kita tengok lepas ni PRU 14 macamana pulak..

Kak Ijat sepatutnya mengarahkan perwakilan buat pilihan sendiri..Bukannya kempen bagi suruh wanita pilih ikut arahan ketua..

Kalau macam tu sampai bila Umno nak berubah??


Calon yang ingin merebut jawatan naib presiden Umno perlu memenuhi kriteria mampu mempertahankan kedaulatan negara, keamanan dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua Wanita Umno itu berkata tiga faktor tersebut merupakan indikator yang ditetapkan dan diambil kira oleh pergerakan itu dalam membuat pilihan, memandangkan enam calon yang menawarkan diri memiliki keistimewaan tersendiri.

"Pada saya, enam calon yang menawarkan diri mempunyai keistimewaan masing-masing tetapi fokus Wanita adalah kepada faktor iaitu sesiapa yang boleh menentukan kedaulatan negara, keamanan dan kesejahteraan rakyat akan menjadi pilihan...itu mesej yang dibawa oleh Wanita Umno Malaysia," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini.

Terdahulu, Shahrizat bersama kepimpinan Wanita mengadakan pertemuan tertutup hampir dua jam bersama Hishammuddin yang akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan peringkat tertinggi pada Sabtu ini.

Ditanya sama ada kenyataan itu menunjukkan Wanita Umno mahu mengekalkan status quo tiga naib presiden sedia ada, Shahrizat berkata kenyataan itu adalah adil kepada semua calon, malah menghormati pendirian setiap perwakilan yang akan mengundi.

"Cuma saya selaku Ketua Wanita ingin tegaskan bahawa kami fokus dalam memilih pemimpin yang mana kita perlu ada sebab dan alasan mengapa kita memilih seseorang pemimpin, dan pada kami tiga faktor itu amat penting," kata Shahrizat.



4 comments:

Anonymous said...

dah kak ijat menang. kena la bagi sokongan kat yg perlu pula. pru 14 lambat lagi. boleh la pulun sampai daya. lingkup 5 tahun lagi tak apa pasal dah berjuang 4 tahun. masa pru 14, mungkin dah pemimpin lain pasal pemilihan umno 3 tahun sekali. kita salahkan kpd pemimpin yg baru dipilih nanti kerana gagal dapat sokongan. tapi kalu nak kuat jgn adakan pemilihan selagi blm pru14, sebab nak kukuhkan umno. tapi kak ijat nak serah la kat ketua baru kalu orang dok sebut pasal lembu lagi. rakyat masih perlukan kak ijat. itu kak ijat boleh nampak dalam mata penyokong kak ijat.

Anonymous said...

Dah macam lembu plak aq tgk ijat neh.....moooooooooo.....sokong hishamooooooooooooooooodeeennnn.....moooooooo......
kalo nak terus jadi lembu trskna sokongan pada geng lembu neh....

Ari said...

lembu da mula menanduk...kehkeh.x lama lg dpt penyakit kuku n mulut pulak..

Labu8455 said...

Apasal wanita UMNO pilih "LEMBU" jadi pemimpin mereka ? Itu pasal lah dari awal lagi sudah diberi nasihat jangan ada pemimpin UMNO yang ada kaitan dengan "LEMBU" tapi dipilih jugak oleh wanita wanita spesis lembu maka kesudahan hasilnya moo...moo...yang kita akan terus dapat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive