Friday 4 October 2013

KBS BAYAR KPOP 1.6 JUTA !! SHABERY SALAH ATAU AUDIT SILAP ??




Masih ingat lagi persembahan artis Kpop di sambutan Hari Belia Negara 2012 tahun lepas di mana isu tersebut dihebah hebahkan oleh pembangkang bahawa ianya satu pembaziran.. Tapi sebenarnya artis tersebut ditaja oleh syarikat penganjur..

Bukan kerajaan yang taja tapi ditaja oleh sebuah syarikat swasta. Persoalan yang timbul sekarang, siapa sebenarnya yang bayar persembahan artis K-Pop ni?

Semalam, isu ini telah dibangkit semula menjadi lebih panas apabila didedahkan dalam laporan audit negara bahawa KB S telah membayar sebanyak 1.6 juta bagi persembahan artis Kpop..



“Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran daripada pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-Pop di Hari Belia (Negara) 2012,” katanya dalam satu kenyataan media yang disebarkan di Facebook.

Namun beberapa jam selepas kenyataan Khairy itu, Menteri Belia dan Sukan yang bertanggungjawab semasa penganjuran Hari Belia Negara 2012, Datuk Seri Shabery Chik menjelaskan bahawa wang itu adalah tajaan yang diterima oleh KBS bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012.

“Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN (Majlis Sukan Negara) bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara.”

Shabery sekarang ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia. Kata Shabery, dakwaan Ketua Audit Negara yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6juta adalah benar “kerana ia adalah dari wang tajaan”.

“Pihak AG Audit (Ketua Audit Negara) culas dalam menjelaskan perkara sebenara kerana wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS.”

Menurut Shabery lagi, wang tajaan yang diterima bagi menjayakan Hari Belia Negara itu berjumlah RM20juta dan tidak ada pembaziran wang rakyat seperti dakwaan pihak pembangkang yang katanya “hanya mengikut rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.” Shabery berharap rakyat “celik mata” kerana kerajaan juga tidak mahu pembaziran berlaku seperti mana yang didedahkan Laporan Audit Negara

Kita Mintak pihak audit negara melihat impak keseluruhan HBN. Berapa banyak pekerjaan dan peluang perniagaan diwujudkan. Kesan kepada branding putrajaya dan keyakinan belia dari progran ini .

Namun dalam isu KBS, Shabery menegaskan ia bukan pembaziran wang rakyat sebaliknya “adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara”. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan syarikat korporat berkenaan.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed tahun lalu dilaporkan berkata, KBS tidak menggunakan wang kerajaan bagi membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop untuk acara berkenaan sebaliknya kos tersebut dibayar menggunakan wang penajaan Wang penajaan itu, menurut laporan tersebut, berjumlah RM28 juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya yang dikeluarkan pada Selasa menegur KBS kerana membelanjakan sebanyak RM2.94 juta bagi penganjuran Hari Belia Negara 2012 yang disifatkan “tidak dibuat secara berhemat”. KBS dalam maklum balasnya bagaimanapun berpendapat kos itu “masih dalam kadar penjimatan” kerana peningkatan acara dan pengunjung berbanding Hari Belia Negara pada tahun sebelumnya.

“Berpandukan kenaikan ini Kementerian hanyalah berbelanja sebanyak 80% walaupun peningkatan jumlah acara sebanyak 160%,” lapor KBS kepada Ketua Audit Negara.

1 comment:

Anonymous said...

hahaha.... hebat sungguh manusia si kj ni.. ambik kesempatan mengolah kata kata.. baca dan fikir kata kata yg keluar dr mulut kj... lepas tu disahut oleh blog dan blogger pro kj... KJ ANAK JANTAN BERANI BERTANGGUNGJAWAB... mainkan suasana.. mungkin dah ada perancangan.... satu bukak mulut dan satu menyambut.. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive