Saturday 5 October 2013

GILAA !!! ANAK SYARIKAT KERAJAAN PAS KELANTAN BAYAR BONUS 11.5 BULAN WALAUPUN RUGI


Hiasan

Pembangkang selalu menuduh kerajaan Pusat bila sesuatu perkara yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara melibatkan kerugian.. Tetapi akan berdiam jika negeri yang ditadbir pembangkang melakukan kesalahan..

Seperti apa yang berlaku di Kelantan semasa ditadbir oleh Nik Aziz..Anak Syarikat Kerajaan Negeri bayar bonus sehingga 11.5 bukan walaupun syarikat berkenaan mencatatkan kerugian berturut turut..

Jabatan Audit Negara menegur anak syarikar Perbadanan Kemajuan Iktisad negeri Kelantan PKINK, Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) kerana membayar bonus hingga 11.5 bulan gaji pada 2011 walaupun mencatatkan kerugian.



Audit antara Julai hingga September 2012, mendapati pengurusan syarikat perladangan itu berada dalam keadaan kurang memuaskan.

Syarikat itu mengalami kerugian terkumpul RM5.21 juta pada 2011, peningkatan RM930,00 juta berbanding 2010 serta tidak pernah membayar dividen kepada kerajaan negeri, selaku pemegang saham sejak 2009 berikutan kerugian.

Namun, audit mendapati LTSB mengeluarkan bonus pada 2009 4.5 hingga lima bulan gaji. Pada 2010, ia membayar bonus tujuh hingga lapan bulan gaji, manakala pada 2011, bonus lapan hingga 11.5 bulan gaji.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive