Saturday 5 October 2013

@MukhrizMahathir @Suraya_yaacob @SabrinaAzizan 3 NAMA BESAR BERTANDING CALON NAIB !!



Mukhriz, Suraya, dan Sabrina 3 nama yang cukup besar di Kedah bakal bertanding jawatan Naib.. Kenapa pilih Naib bukan MT atau Exco? Ikut suka depa la nak lawan apa pun kan ?? Hehehe.. Bagi aku ketiga tiga pemimpin dari Kedah ini wajar diberi peluang untuk mengisi kerusi Naib di Peringkat Pusat memandangkan masing masing mempunya kebolehan dan keupayaan sendiri dalam melaksanakan tugas baik parti mahu pun wakil rakyat..


Turun naik YAB Datuk Mukhriz dalam arena politik telah dilalui dengan penuh sabar ketika zaman ayanda beliau menjadi Presiden Umno lagi.. Datuk Mukhriz dah alami bagaimana sepak terajang dalam politik Umno sehingga sekarang beliau berjaya mengepalai negeri Kedah.. Atas semangat untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air serta keikhlasan beliau untuk parti, beliau menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden Umno demi menyahut seruan YAB Presiden untuk mentransformasikan parti membawa slogan " Berani Berubah "..Klik SINI baca sejarah politik YAB Datuk Mukhriz dalam Politik Malaysia




Nama Suraya Yaacob pula tak asing lagi dalam kepimpinan Wanita Umno, baik di Kedah mahupun di Pusat.. Berlatar belakangkan dalam bidang Undang Undang.. Satu satunya Adun Wanita BN pertama di Kedah yang menang bertanding di Sungai Tiang tatkala Malaysia dilanda Tsunami politik pada PRU 2008.. Pada PRU 13 YB Suraya Yaacob berjaya mempertahankan kerusi Dun berkenaan buat kali ketiga dan dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu pentadbiran YAB Datuk Mukhriz..

Digelar Super Woman Sungai Tiang kerana kegigihan membela nasib dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk Sg Tiang khususnya di kawasan Felda.. Pada Pemilihan Umno kali ini, beliau juga menawarkan diri untuk bertanding Naib Ketua Wanita Umno Malaysia seiring hasrat beliau yang mahu melihat Wanita Umno lebih "AKRAB" dan berjaya..


YB Sabrina Azizan Ketua Puteri Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Exco Puteri, Menang bertanding sebagai Adun pada PRU ke 13 yang lalu, salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah, beliau menawarkan diri untuk bertanding untuk kerusi Naib Ketua Puteri Umno Malaysia.. Beliau tidak meletakkan sesiapa yang akan menjadi Ketua Puteri dan barisan jawatankuasa yang lain dan hanya membawa agenda tersendiri untuk "membawa perubahan" dalam Puteri dan parti.Sabrina membawa jenamanya sendiri, bagi membolehkan ahli Puteri menilai sendiri kebolehan beliau.. Beliau yakin mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai naib ketua Puteri Umno.

Kepada semua perwakilan yang akan mengundi nanti, Calon calon ini menawarkan untuk bertanding dan akan berbakti kepada parti.. Buatlah pilihan yang bijak..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive