Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika melakukan rondaan di Jalan Pantai Cenang di sini pagi tadi. Sementara itu, seorang lagi anggota polis cedera ringan dalam kejadian pukul 4.10 pagi itu.
Mangsa, M Kalaiselvan, 27, dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Padang Matsirat dipercayai dirempuh kereta jenis Suzuki dipandu seorang lelaki warga Iraq berusia 36 tahun yang cuba memotong kenderaan di hadapan.
Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi di sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harith Kam Abdullah berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta itu memasuki lorong bertentangan untuk memotong sebuah kereta lain di hadapan tetapi bertembung dengan motosikal mangsa.
Katanya seorang lagi anggota yang membuat rondaan bersama mangsa, Konstabel Sokongan Mohd Hafefe Jamaludin sempat melompat dari motosikal yang ditunggangnya sebelum terkena rempuhan dan hanya mengalami cedera ringan.
"Warga Iraq itu dipercayai berada di sini sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat pelancongan di daerah ini. Dia menyewa kereta itu sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
"Pemandu itu kini direman sehingga 2 Okt mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian," kata Harith. - BERNAMA
Mengikut laporan Polis yang aku terima dari seorang sahabat di Langkawi
Laporan kemalangan jalanraya maut melibatkan anggota URB Matsirat. Pada 29/9@0420 Kons Kalaichelvam dan Hafefe telah sampai ke simpang depan Hotel Asenia.
Ketika itu datang sebuah kereta terus hilang kawalan dan merempuh kedua2 m/sikal. Kons Hafiz sempat melompat dan alami kecederaan luar bahaya. Kons Kalai telah dirempuh bersama m/sikal dan meninggal dunia dalam perjlnan ke hosppital Kedua dua motorsikal rosak teruk.
Pemandu kereta seorangg pelancung Arab(L) telah ditahan dan dibawa untuk ujian alkohol.
No comments:
Post a Comment