Thursday 3 October 2013

MENTERI OH MENTERI !! RUMAH 2,3 JUTA ADA MERC BENZ MERUJUK KEPADA GOLONGAN PERTENGAHAN



Tak tahulah apa nak cakap kat Menteri Menteri dan Timbalan Menteri, kadang kadang rasa macam tak layak pemimpin macam ni diangkat sebagai Timbalan Menteri..

Takkan lah tak tahu golongan pertengahan tu macamana.. Takkan ada rumah banglo bernilai RM 2,3 juta dan ada kereta mercedes benz dikategorikan sebagai golongan pertengahan..??



Pelik benar.Kalau kerja di bandaraya metropolitan seperti Kuala Lumpur bergaji RM 3ribu pun belum boleh dikategorikan dalam golongan berpendapatan sederhana.. Kos sara hidup di Kuala Kumpur saja dah cecah 70% gaji.. Macamana nak beli Merc dan rumah berjuta juta??

Harap timbalan menteri berkenaan lebih peka dalam hal nie..bukan apa, rakyat baca pun boleh gelak sambil geleng kepala...


4 comments:

Anonymous said...

itu definisi dia pasal golongan pertengahan?

patut pun pak2 menteri dan anak pinak dia sibuk kaut harta...

Anonymous said...

Apa yang beliau maksudkan adalah, beliau mahu memperjuangkan transformasi ekonomi dengan matlamat untuk mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan Melayu dan bumiputera yang mampu memiliki Mercedes, banglo dan harta bernilai RM2-3 juta. Kiranya, matlamatnya mahu menaiktaraf pendapatan golongan pertengahan yang sedia ada sekarang. SILA BACA keseluruhan kenyataan beliau supaya tidak berlaku salah tafsir.

Anonymous said...

Baca la betol2 dulu apa yg Menteri tu cakap..golongan pertengahan itu yg dia nak perjuangkan..

Menurut beliau, antara perkara utama yang diperjuangkannya adalah supaya transformasi ekonomi kerajaan diselaraskan dengan matlamat untuk mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan Melayu dan bumiputera.

"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta.

"Kalau mereka menjadi usahawan, syarikat mereka tidak perlulah terlalu besar. Dengan jumlah pekerja antara 20 hingga 30 orang pun sudah baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Bagi mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan bumiputera, katanya, pengagihan kontrak kerajaan tidak harus diberikan kepada syarikat bumiputera yang besar sahaja.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131002/re_05/Tambah-golongan-pertengahan-Melayu#ixzz2gffU4Y54
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Tuan blogger mohon jadi blogger yang bijaksana...membaca dahulu sebelum membuat tuduhan...apakah salah seorang pemimpin melayu nak mengangkat martabat melayu...sampai bila melayu hanya menjadi pekerja kepada cina...sedarlah....sedarlah....kalau nk cakap pasal melayu pun susah..habis nak cakap pasal siapa tuan blogger...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive