Thursday 3 October 2013

APA MOTIF ZAIRIL TAK HABIS HABIS MENGAKU MELAYU ??


Rumah siap, kontraktor berbunyi, tuan rumah buat-buat buta tuli. Itulah yang berlaku selepas selesainya pemilihan semula CEC DAP. Dalam kata lain, pemilihan CEC yang kontroversi telah ditangani dengan mengadakan pemilihan semula yang kontroversi juga.

Mana tidaknya, jika jumlah ketidakhadiran dalam pemilihan semula ini adalah jauh lebih ramai dari pemilihan awal. Selain itu, ia juga menyaksikan begitu ramai calon yang menarik diri di saat akhir.

Namun, apa yang lebih kontroversi ialah bagaimana anak Cina, Christopher Howard Lim yang lebih gemar menggunakan nama Melayu, Zairil Khir Johari, masih ke hulu ke hilir mengaku Melayu setelah menang dalam pemilihan semula ini.



Anak Cina ini sebelum ini telah menang dalam pemilihan awal dengan cara yang cukup kontroversi dan kini mencipta kontroversi lagi melalui kekeliruan ‘bangsa’ sendiri.

Nampaknya Zairil telah menjangkiti kebodoh-sombongan Guan Eng kerana menyangka yang orang lain bodoh serta tidak sedar dia sedang menipu. Jika tidak, tentu beliau tidak akan membuat kenyataan ini apabila disoal oleh akhbar the New Straits Times mengenai ‘Melayu’ di dalam CEC DAP.

Kata Zairil:
“Sebagai permulaan, jumlah calon Melayu yang bertanding tidak ramai, iaitu hanya tujuh orang dari jumlah keseluruhan. Jadi saya rasa kemenangan saya seorang adalah sudah cukup bagus.”

Soalan kita, sejak bila Zairil menjadi Melayu?

Jika kita mencari maklumat mengenai Zairil di internet, kita pasti akan terjumpa salah satu wawancaranya di mana beliau bangga memberitahu dunia bagaimana bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari juga merasa ‘kurang sesuai’ dengan cara Melayu dan lebih ‘senang’ dengan budaya dan cara hidup Cina.

Hakikat bahawa Zairil mendedahkan perkara ini menunjukkan bahawa Zairil juga tidak suka dengan cara Melayu. Ini tentulah tidak mengejutkan kerana beliau langsung tidak punya darah Melayu malah lahir juga di Hawaii. Hanya setelah berusia belasan tahun maka ibunya berkahwin dengan seorang Melayu yang turut ‘tidak suka’ menjadi Melayu.

3 comments:

Anonymous said...

Mana atak Melayu ha? Lu punya bapak Singapork punya Chinki, lu punya mak pun sama Chinki jugak. Jadi lu mana ala dalah Melayu satu titik pun ma!

Anonymous said...

kehkehkehkeh....wa sokong lu Anon 11:32...lu cuma tumpang apak melayu, lu step son la...ayooo Chinki...

Anonymous said...

check dah pernah kena sunat ke belum?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive