Monday 30 September 2013

MB KEDAH ANJUR TAHLIL DAN BACAAN YASSIN BUAT ARWAH UST AZIZAN



Sebagai memperingati pemergian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang kembali ke rahmatullah pada Khamis lalu, Pejabat Menteri Besar menganjurkan majlis tahlil di Masjid Zahir Alor Setar, malam semalam.

Majlis yang berlangsung selepas solat Maghrib dihadiri Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozian Safian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din.

Dianggarkan lebih 200 jemaah menghadirinya termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Noh Dahya, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Sheikh Alauddin Sheikh Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusof Husin.



Majlis itu dipimpin Imam Besar Masjid Zahir, Sheikh Roslan Abdul Halim.

Difahamkan, majlis tahlil itu turut diadakan serentak di beberapa masjid daerah utama di negeri ini, kelmarin.

Di akhir majlis, Mukhriz turut berbual dan mengucapkan takziah kepada dua anak bekas menteri besar itu, Muhammad Faiq, 26, dan Muhammad Rafi’iy, 32, yang turut hadir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive