Sunday 8 September 2013

PANASS !! PEMUDA PAS SERET KHALID SAMAD KE JAWATANKUASA TATATERTIB !!


AIDCNews – 07/09/13 – Meskipun Khalid Samad cuba mengalih isu dengan menuduh krisis dalaman Pas berpunca daripada propaganda UMNO yang bekerjasama dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bersama saki baki pengaruhnya, namun perkembangan terkini di peringkat akar umbi parti itu menunjukkan hasil sebaliknya.

Khalid, YDP Pas Shah Alam dan Timbalan Pesuruhajaya Pas Selangor membuat tuduhan itu ketika menulis artikel di laman peribadinya, www.khalidsamad.com bertajuk “Bahagian Ketiga: Perancangan Golongan Yang Ingin ‘Menyelamatkan PAS dan Presiden’ (Kononnya).”



Terbaru. blog pro Pakatan, Pahangdaily Online (PDO) melaporkan Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung parti, Dato’ Mustafa Ali mengadu Khalid telah mempersendakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Dalam aduannya Dewan Pemuda Pas Rompin menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan Khalid yang dikatakan sering kali membuat teguran secara terbuka terhadap Hj. Hadi.

“Antaranya, menyalahkan Presiden Pas itu yang didakwa mencetuskan polemik ulama’ vs profesional dalam Pas dengan melontarkan idea kerajaan perpaduan selepas pilihanraya umum lalu,”lapornya.

Kenyataan-kenyataan Khalid yang didakwa mempersendakan Presiden Pas itu telah dibuat ketika slot soal jawab “Wacana Kemenangan Yang Tertangguh” di Melaka pada 6 Julai 2013 dan tulisan di laman peribadi www.khalidsamad.com, tarikh 19 Jun 2013 yang bertajuk “Budaya Serangan Peribadi”.

“Pada perenggan ke-7 (tulisan Khalid itu) jelas menyindir Presiden Pas dengan kenyataan “Pencalonan di KD (Kota Damansara) pun tidak mengikut prosedur, terus pintas memanfaatkan kabel”, kabel yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Tuan Guru Hj.Hadi Awang sendiri kerana watikah ditandatangani oleh beliau,” lapornya.

Surat aduan yang ditandatangani oleh Nazri Ahmad, Ketua Pemuda PAS Rompin itu meminta agar Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat mengambil tindakan terhadap Khalid yang tergamak merendahkan imej Presiden Pas secara terbuka.

“Malah, mereka juga kecewa dengan tulisan Khalid yang bertajuk “PAS Bersikap Terbuka, Terima Teguran AMK”, yang secara terang-terangan menyokong Ketua AMK yang menyindir Presiden Pas dalam kongres mereka,”lapornya lagi.

Selain itu blog PDO turut melaporkan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu, Abu Bakar Abdul Rahman turut menghantar surat kepada Pas Pusat membuat aduan supaya diambil tindakan tatatertib ahli Pas yang sealiran dengan Khalid iaitu Abdullah Karim.

Abdullah Karim dituduh cuba memperlekehkan Majlis Syura Ulama Pas dan Presiden Pas berhubung dengan isu DUN Kota Damansara.

“Laporan dibuat hasil keputusan mesyuarat Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, yang diadakan pada 20 Ogos 2013 yang lalu.

“Beliau juga meminta Jawatankuasa Tatatertib PAS agar mengadakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya agar gejala seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang serta menjadi ikhtibar kepada semua ahli dan juga pimpinan PAS,”lapornya.AIDC



2 comments:

Anonymous said...

Bila dah rasa pandai sgt,mulalah lawan tokey!!

Anonymous said...

Kumpulan ANWARINAS memang mcm tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive