Friday 13 September 2013

RUMAH BERHANTU SEKSYEN 2 SHAH ALAM AKAN DIFILEMKAN



Jika anda pernah belajar atau bekerja di Shah Alam, pastinya kisah seram sebuah rumah teres yang terletak di Seksyen 2 ini tidak janggal pada pendengaran anda.

Sebelum ini heboh mengatakan dua orang pelajar institut pengajian tinggi awam berdekatan meninggal dunia disebabkan kejadian aneh dan mistik yang berlaku di rumah berhantu tersebut.



Apa yang menariknya sebuah syarikat penerbitan berminat mengabadikan kisah seram yang tidak diketahui kesahihannya itu menerusi sebuah telefilem yang diarahkan oleh Amor Rizan.

Antara barisan pelakon yang membintangi kisah ini ialah Hairul Azreen dan Alif Hadi yang popular menerusi rancangan realiti Fear Factor.

Adakah ianya akan menjadi hits seperti kisah rumah berhantu itu?

Kita tunggu dan lihat sebaik sahaja ianya ditayangkan di Astro Ria nanti.-Mynewshub

2 comments:

Muslim said...

Hantu adalah makhluk yg suka mengganggu dan mempermain mainkan makhluk lain. Jgn dilayan, lg dilayan lg diganggu. Sentiasalah minta perlindungan Allah swt dan tawakkal kpdNya dr segala gangguan. Allah swt Pelindung org org beriman dan org org yg soleh juga yg bertawakkak kpdNya.

Anonymous said...

Tak habis habis cerita macam ni. Bangsa kita jadi bangsa yg penakut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive