Tuesday 10 September 2013

MUKHRIZ TIMBANG MASUK GELANGGANG NAIB PRESIDEN UMNO




Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan menimbang pandangan rakan-rakannya sebelum membuat keputusan bertanding jawatan naib presiden pada perhimpunan parti itu Disember ini.

“Saya didatangi ramai kawan-kawan yang memberi bermacam pandangan (mengenai pertandingan naib presiden) dan menilainya daripada pelbagai sudut.



“Buat masa ini sukar hendak membuat keputusan,” katanya apabila diminta mengulas kajian sebuah blog bahawa beliau mendahului calon lain dengan 85 peratus.

Mukhriz ditemui selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan bantuan zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan berlepas ke Jordan Rabu ini untuk melanjutkan pengajian di tiga universiti di negara itu.

Katanya, beliau sedar mengenai kajian blog berkenaan namun tidak akan terpengaruh dengan laporannya.

Mukhriz berkata, beliau masih memberi keutamaan untuk membangunkan Kedah daripada memikirkan untuk bertanding jawatan naib presiden dengan tanggungjawab berat menanti beliau. – BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive