Sunday, 8 September 2013

MUSA HASSAN BUKAN AHLI MYWATCH


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan desas-desus yang mengatakan beliau meninggalkan badan pemantau jenayah, MyWatch, seperti yang dilaporkan media semalam.

Musa yang dihubungi Antarapos berkata, beliau masih lagi penaung kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan dan akan memberikan nasihat serta pandangan sekiranya diperlukan.

"Saya tak tinggalkan MyWatch.. Saya dalam MyWatch hanya sebagai penaung saja. Saya bukan ahli MyWatch pun.



"Tak tahulah kalau mereka panggil untuk nasihat, saya berilah sebab penaung ni beri nasihat saja," katanya.

Semalam media melaporkan Musa meninggalkan MyWatch untuk mengetuai NGO baru, Malaysia Community Crime Care Association.

Desas-desas itu disahkan oleh Penasihat MyWatch, S. Gobi Krishnan dan Bekas Setiausa Agung MyWatch V. Ravindran.

Pelbagai spekulasi timbul ekoran berita tersebut, antaranya mengatakan ia berkait rapat dengan kes tembakan pengerusi badan pemantau jenayah itu, R Sri Sanjeevan, dua bulan lalu.

Ketika ditanya sama ada beliau kini 'menganggotai' dua badan pemantau jenayah, Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menjelaskan segala-galanya akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau dalam pada itu memberi gambaran peranan NGO baru berkenaan berbeza sedikit dengan MyWatch kerana melibatkan golongan profesional.

"Saya hanya penaung (MyWatch) saja.. Yang baru ini, Insya-Allah.. Saya belum boleh bercakap lagi kerana kita masih dalam tindakan untuk mendapatkan jawatankuasa.. Jadi lepas itu nanti kita akan buat kenyataan media selepas dah wujud semua," jelas Musa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive