Saturday 14 September 2013

PANASSS !!! PAS AKUI GAGAL MARTABATKAN MELAYU DAN ISLAM !!!



PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam di Malaysia.

Demikian luahan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Harun Taib sewaktu menyampaikan ucaptama di Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Menurut beliau, sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan PAS dalam memelihara kepentingan mereka.



"Sekalipun undi Cina meningkat 14.1 peratus terhadap PAS pada PRU13 lalu, PAS tetap tidak akan dapat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dalam parlimen.

"Adalah mustahil bagi PAS untuk terus berkembang selagi ia tidak mampu memperjuangkan haknya dalam Pakatan Rakyat bagi menambah memenangi lebih banyak kerusi parlimen, apatah lagi untuk PAS menjadi teras kerajaan Malaysia sekiranya Pakatan memerintah kelak," ujarnya.



Pas sendiri akui bahawa mereka gagal memartabatkan Islam dan bangsa melayu sejak berada dalam pakatan.. Meskipun undi cina kepada Pas meningkat namun pas gagal kuasai Parlimen.. Ahli parlimen bukan Islam melebihi Ahli Parlimen Islam dalam pembangkang..

Macamana Pas nak perjuangkan hak ?? Aku yakin golongan Ulama dalam Pas sedar tentang perkara ini, namun apakan daya golongan liberal dalam Pas lebih mementingkan kepentingan politik dari menjaga hak orang Islam..

Aku harap Pas keluarlah daripada bersekongkol dengan pakatan yang sekarang ini sanggup lakukan apa saja untuk berkuasa..

Sampaikan Kalimah Allah pun sanggup dijual kepada kapir apatah lagi kepentingan orang melayu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive