Saturday 14 September 2013

NAJIB UMUM DANA 1 BILION UNTUK PENDIDIKAN BUMIPUTERA !!!




Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA bernilai RM1 bilion dalam bentuk dana sepadan atau ‘matching grant’ bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan dana berkenaan pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dihadiri ribuan penuntut, ahli akademik dan ahli perniagaan, di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini.



Najib berkata dana ini yang akan disalurkan secara berperingkat, berbentuk nisbah satu kepada satu antara MARA dan kerajaan.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memperbanyak program meningkatkan kemahiran untuk golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapatkan pekerjaan.

Inisiatif ini merupakan antara fokus dalam mengupayakan modal insan Bumiputera.

Beliau berkata dalam aspek ini juga, program latihan semula akan dipergiat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.

Selain itu, bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif, katanya.

Menyedari bahawa modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat, kerajaan telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam dan di luar negara, katanya.

Oleh itu, fasa seterusnya ialah pemerkasaan modal insan Bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran,” katanya.

Menyentuh mengenai golongan graduan Bumiputera menganggur pula, Najib berkata kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri.

“Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, skim pengurusan kebolehperkerjaan dan Program Peneraju Skil akan diperluas untuk menambah bilangan penerima manfaat,” katanya.

Perdana Menteri berkata bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluas Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran, terutama dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

Selain itu, Program Peneraju Profesional oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya, akan diperluas bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera.

Najib berkata ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan seperti tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan hasrat peningkatan bilangan kemasukan penuntut UiTM kepada 250,000 orang menjelang 2020 berbanding 180,000 sedia ada.

Beliau berkata penambahan ini termasuk penubuhan beberapa kampus baharu di seluruh negara. – BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

matching grand p e benda hutang pun banyak man nk cekau duit

Anonymous said...

Hilang keyakinan dah! Transformasi yg basi! Cakap jer lebih! Yg buat kerja kat bawah tak transform! TERAJU? Penuhkan poker sendiri bolehlah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive