Saturday, 26 January 2013

TUDIAA !!! TEDUNG SELAR DISANGKA HANTU




Ketakutan seorang wanita yang menyangka rumahnya berhantu minggu lalu terjawab apabila menemui seekor ular tedung selar musang di bawah sofa rumahnya di Kampung Tok Edang, Batu Karang, dekat sini, kelmarin.

Pada mulanya wanita itu hendak membuka suis lampu, tetapi terkejut sebaik mendengar bunyi aneh di rumahnya.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Rantau Panjang, Mohd Johar Daud berkata, bunyi ular tersebut menyebabkan wanita itu menyangka rumahnya berhantu.

Menurutnya, setelah menyedari seekor ular berada di kediamannya, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya dan penduduk.




“Penduduk kampung memaklumkan kepada JPAM untuk membantu menangkap reptilia berbisa itu bagi mengelak bahaya kepada keluarga terbabit.

“Kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkapnya seterusnya membawa balik ke pejabat,” katanya.

Beliau turut dibantu dua anggota untuk menangkap ular berkenaan.

Mohd Johar berkata, reptilia itu jarang ditemui dan merbahaya berbanding ular yang pernah ditangkap JPAM sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya kerap menerima panggilan memaklumkan menemui ular tedung selar, tetapi sebaik ke tempat dimaksudkan, ular jenis lain ditemui.

“Ini ular tedung selar musang yang pertama kali kami tangkap tahun ini sepanjang empat meter dan seberat enam kilogram.

“Ular tersebut kami simpan di pejabat JPAM Rantau Panjang untuk tujuan pameran,” katanya.

sinar

1 comment:

Unknown said...

hahahah takutsangatlah tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive