Jentera Pemuda Umno di seluruh negara diarah bergerak lebih aktif dan memulakan persiapan akhir bermula 1 Februai ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, jentera Pemuda di semua pusat daerah mengundi (PDM) sudah boleh mula menggerakkan program untuk setiap PDM masing-masing.
Jentera Pemuda perlu memastikan pengundi baharu terutamanya akan keluar mengundi pada hari pengundian nanti, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Pemuda Umno Kedah, di sini hari ini.
Katanya Pemuda Umno kini mengambil pendekatan yang lebih bersifat mikro dan bukan lagi umum bagi memastikan setiap mesej sampai ke peringkat akar umbi.
walkabout di taman wira |
perasmian gelanggang futsal |
KJ berbaju merah hati jalan kaki menuju ke Masjid untuk solat Jumaat bersama penduduk KG |
"Macam program hari ini kami pilih untuk pergi ke PDM di Taman Wira (Alor Setar) dan PDM Kubang Betung kerana di situ menunjukkan penambahan pengundi baharu paling ramai," kata Khairy.
No comments:
Post a Comment