Wednesday 16 January 2013

ISU KALIMAH ALLAH !! MAJLIS SYURA DAH BAGI KATA PUTUS, TAPI PEMIMPIN DAP TETAP GUNA DALAM CERAMAH JUGAK !!


Rasanya semua orang tahu kekeliruan Pas tentang pengunaan kalimah Allah untuk bukan Islam..Sekejap boleh sekejap tak boleh, sekejap bukan eksklusif untuk orang Islam, sekejap eksklusif untuk Islam saja..

Sebelum berlansungnya Majlis Syura Pas, semua pemimpin atasan Pas membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian untuk diterjemahkan dalam kitab bible mereka.Namun Pas memberi alasan "boleh pakai tapi jangan salah erti" ..

Kat sini aku nak tau juga apa maksud Pas sebenarnya jangan salah erti?? Bagi aku orang Islam aku tau apa yang dimaksudkan oleh Pas,tapi adakah penganut agama lain faham soal salah erti yang Pas maksudkan..

Bagi aku, mereka(penganut agama lain) tak peduli semua tentang salah erti ka, salah maksud ka, salah terjemah ka, tapi yang penting Pas dah benarkan sebelum ni..

Bukan sekali penghinaan terhadap Islam dan kalimah Allah dilakukan oleh pemimpin Dap..Rasanya beratus kali..Aku masih teringat bagaimana taksubnya penyokong Pas dan pemimpin Dap bertakbirr dan mempersenda ayat suci Al-Quran..



Jika penceramah bukan Islam dari Dap pun Pas tak boleh nak tegur, apa lagi soal lain berkaitan pengertian kalimah Allah..

Aku difahamkan, ada beberapa pemimpin Pas terpaksa bersilat apabila diasak dengan pelbagai soalam tentang isu kalimah Allah, baik di twitter mahu pun di laman FB..Tapi macam biasalah, takkan mengaku punya..

Sebagai contoh kenyataan Khalid Samad dalam Twitter sebelum ni


Lepas tu bila disoal pendirian terbaru selepas keputusan Majlis Syura semalam, Khalid spin kata tak pernah sokong pulak..

Kalau siapa follow Khalid Samad dalam twitter mesti perasan sokongan beliau terhadap pengunaan kalimah Allam dalam bible..

Jika nak ulas satu persatu sokongan pemimpin Pas terhadap pengunaan kalimah Allah untuk penganut kristian dalam blog memang panjang..Sebab ramai pemimpin Pas beri sokongan demi nak tambat hati pemimpin Dap dan pengundi bukan Islam..

Jadi apa niat sebenar Pas mahu mengadai kalimah Allah sebelum keputusan majlis Syura dibuat?? Bukan atas dasar takut hilang Undi bukan Islam ?? atau takut diherdik pemimpin Dap??

Aku harap keputusan Majlis Syura memberi pengajaran kepada Pas agar tidak membuat kenyataan yang dianggap jahil terhadap Islam demi kepentingan politik dan Aku harap juga Pas dapat menasihati pemimpin pemimpin Dap yang suka mengunakan ayat ayat suci Al-Quran sebagai modal untuk berkempen agar semua ini dihentikan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive