Semalam semasa Ceramah PAS pengkalan Pegoh, salah seorang hadiran meninggal dunia kira-kira jam 11 malam tadi, Mohammad Puaad bin Ariffin yang menghadiri ceramah PAS meyinggah ke salah sebuah kedai makan untuk minum, beliau rebah dengan sendiri secara tiba-tiba.
Menurut Blogger SekupangDua arwah dpangku oleh beberapa petugas sambil dikibarkan kain agar arwah dapat udara segar untuk salah satu usaha yang mampu membantu beliau .
Masih bernafas ketika ini...
Ketika itu arwah masih bernafas lagi bila teman tengok dadanya yang masih turun naik, tetapi selepas kira-kira 10-15 minit selepas itu teman tengok pernafasannya makin perlahan, muka arwah juga bertambah pucat bagai kehilangan darah, kira-kira jam 11.30 teman tengok dadanya mula berhenti, sqlah seorang dari petugas meyebut beberapa kali ALLAH ketelinga beliau. pada masa iti teman tengok dadanya sudah berhenti bernafas bila dilihat tidak lagi bergerak turun naik.
Sebaik Ambulan sampai kira-kira 15-20 minit selepas dihubungi, arwah diperiksa dan dengan alatan memeriksa nadi arwah ternyata beliau telahpun disahkan meninggal dunia. selepas lebih kurang 5-10 minit selepas ambulan beredar pihak polis datang untuk ambil mayat arwah untuk urusan pengesahan kematian dan mungkin untuk bedah siasat.
Baca seterusnya
No comments:
Post a Comment