www.mukhrizmahathirfc.com

Tuesday, 2 October 2012

TUDIAAA !!! GADIS TIANG PEKAN BETONG SETARAF DANOK ??




BETONG (Selatan Thailand) – Melihat aksi ghairah penari tiang pada waktu siang selain dibelai manja sambil meminum arak di meja masing-masing menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki Malaysia gian untuk ke sini berulang kali.

Situasi tersebut bukan asing di kawasan itu terutamanya di premis-premis pusat hiburan yang membolehkan lelaki Malaysia ‘cuci mata’ sebelum ‘mengangkut’ gadis pilihan dikenali sebagai darling ke bilik hotel untuk mengadakan hubungan seks. Harga yang perlu dibayar ialah antara RM150 hingga RM300.

Tinjauan Kosmo! di kawasan itu mendapati, premis dua tingkat yang terletak di sebuah lorong di pekan ini hanya dibuka selama lima jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Pelanggan hanya perlu membayar harga minuman dan tiada cas dikenakan untuk melihat tarian bogel yang dilakukan gadis berketurunan Thai itu.KOSMO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive