Setelah beberapa kali didedahkan kegiatan maksiat di sebuah pusat hiburan terbesar di Alor Star, tiada langsung tindakkan yang diambil oleh kerajaan Pas Kedah bagi memerangi gejala sosial yang makin meningkat dikalangan remaja melayu di Kedah..
Sebelum ini Azizan Razak berkata tidak mengetahui tentang aktiviti yang dijalankan premis pusat hiburan di Kedah kerana tidak pernah meninjau pusta pusat terbabit..
Tetapi bila Team Media Kedah mendedahkan gambar gambar yang diambil sendiri dari pusat hiburan terbabit mereka pula berkata pihak media sengaja sabotaj dan mengunakan teknik pertindihan atau superimpose
Pelbagai pihak juga mendesak Kerajaan Negeri memantau aktiviti kurang sihat ini tetapi sampai sekarang Pas Kedah masih tidak melakukan apa apa tindakkan terhadap pusat hiburan terbabit..
Malang bagi rakyat Kedah bila mengundi parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi pemimpin Pas sendiri bersekongkol dengan pengusaha pengusaha premis hiburan untuk dapatkan lesen.. Sebagai contoh pemimpin Pas kat bawah ni
Pada 28/09/2012 baru baru ini Pusat hiburan terkemuka di Alor Star telah mengadakan satu parti dimana seorang DJ perempuan seksi didatangkan khas dari Hong Kong beraksi di pusat hiburan terbabit..
Lebih memeranjatkan DJ dari Hong Kong itu hanya mengenakan Bikini pada tubuhnya..Amat memalukan pekara ini terjadi di negeri yang ditadbir oleh Parti Islam...
Alor Setar seperti Thailand
Kenyataan Sinarharian pada 17 Julai 2012
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempersoalkan jolokan 'Mini Thailand' untuk bandar raya Alor Setar yang dibangkitkan Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh dalam soalan sembilan pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab dalam Dewan.
Azizan mahu gambaran sebenar apa yang dimaksudkan Adun Bebas itu mengenai dakwaan terbabit.
“Macam mana tu? Saya tak tahu apa maksud beliau? Sebab saya tidak tahu macam mana persembahan di pusat hiburan, adakah benar menampilkan penari wanita separuh bogel atau mungkin disabotaj dengan menggunakan teknologi canggih pertindihan gambar,” katanya ketika diminta mengulas soalan Mohammad Radzhi, yang mendakwa bandar raya Alor Setar dipenuhi pusat hiburan malah beberapa kawasan sudah seperti ‘Mini Thailand’ pada waktu malam.
Mohammad Radzhi turut membangkitkan rasional Kerajaan Negeri mengeluarkan begitu banyak lesen hiburan
“Saya hanya mahu kawal penglibatan orang Islam di pusat hiburan tetapi tidak halang bukan Islam berhibur. Saya dah panggil pegawai daerah dan dimaklumkan penyelarasan sudah dibuat termasuk kawalan kerajaan tempatan, pejabat daerah, polis dan jabatan agama,” katanya.
Menurutnya, perkara itu kini dalam pemerhatian dan pihak terlibat akan meningkatkan penguatkuasaan.
“Ada yang beroperasi tanpa lesen, kita tak dapat pantau. Jawatankuasa pelesenan peringkat daerah yang dilantik perlu buat kerja, tak kan pula semua perkara saya kena jaga,” katanya.
No comments:
Post a Comment