Thursday, 4 October 2012

GEMPARR !!! FACEBOOK BUKAN LAGI PERCUMA




Lebih lima bulan selepas disenaraikan, Facebook Incorporation mengumumkan langkah mengenakan fi ke atas penggunanya yang mahu mempromosikan foto atau pengumuman masing-masing menerusi laman sosial.

Facebook mengambil langkah itu untuk menambah pendapatannya.

Komponen baru yang dikenali "Promote" diumumkan semalam.

Ia diperkenalkan kepada sekumpulan kecil pengguna Facebook di Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan laporan semalam, Facebook telah membuat kajian ke atas sebilangan pengguna terhad laman sosial berkenaan dengan menawarkan ciri aplikasi baru bagi memastikan komen atau gambar yang dikongsi bersama ahli Facebook mengeluarkan fi pada 'newsfeed' rakan-rakan mereka.



“Apabila anda mempromosikan sesuatu pada laman sosial anda, sama ada gambar perkahwinan, jualan garaj atau berita yang besar, ia akan terletak dalam news feed teratas supaya rakan-rakan dan pelanggan anda menyedarinya,” umum Facebook menerusi blog rasminya.

Difahamkan Facebook juga sedang mempertimbangkan fi yang setimpal bagi kemudahan aplikasi berkenaan.

Menurut jurucakap laman berkenaan, harga ujian yang dikenakan ke atas pengguna mereka di AS ialah AS$7 (RM21).

Ia adalah usaha terbaru Facebook untuk bereksperimen dengan cara-cara baru untuk menambah pendapat selain menyediakan ruang iklan yang menyumbang kira-kira 84 peratus perolehan syarikat dalam suku kedua tahun ini.

Facebook juga memperoleh 30 peratus daripada pembelian barang-barang maya oleh pengguna yang bermain Farmville Zynga (ZNGA.O) dan permainan maya lain di laman sosial terbabit.

Ekoran penurun perolehan yang mendadak pada sukuterkahir tahun ini, banyak pelabur dan penganalisis percaya, Facebook perlu mencari cara baru untuk menambah pendapatan.

Minggu lepas, Facebook mengumumkan ciri-ciri yang boleh digunakan pengguna AS untuk membeli dan menghantar hadiah sebenar seperti cermin mata, pastry dan kad-kad hadiah kepada rakan mereka.

Meskipun setakat ini hanya pengguna terhad sahaja yang mempunyai akses kepada aplikasi berkenaan, Facebook Gifts memberikan isyarat syarikat berkenaan akan memainkan peranan yang lebih besar dalam e-dagang.

Facebook satu-satunya laman sosial yang mempunyai 955,000,000 pengguna yang akan kekal percuma, kata juru cakapnya, Jonathan Thaw.

SINAR HARIAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive