Wednesday 3 October 2012

KANTOII !!! DPP SELANGOR HADIR DI MAJLIS BIKINI SHOW DI KEDAH ??




DPP Selangor cuba menunjuk hero dengan mengesa PBT dan Jakim menghalang penganjuran bikini show di sebuah Hotel terkemuka di Ibu Negara..Dengan nada sedih juga DPP Selangor merasa kesal dengan tindakkan penganjur yang tidak menghormati dimana bulan ini umat Islam sedang mengerjakan haji..

Agak melucukan apabila DPP Selangor bersikap double standard dimana beliau lupa bahawa negeri yang ditadbir oleh pakatan haram sebelum ini tidak pernah langsung menghormati umat Islam dimana berlakunya pekara yang sama setiap hari lebih lebih lagi di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah..

Sebagai contoh di Kedah Pas membiarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa dengan menghidangkan tarian tarian separa bogel diatas pentas..Mana suara DPP bagi negeri negeri yang ditadbir pakatan bagi membendung gejala ini ??



Bukankah acara berunsurkan maksiat ini juga satu penghinaan kepada Malaysia?? MTK cadangkan DPP lebih fokus terhadap kegiatan maksiat di negeri negeri yang ditadbir pakatan dulu sebelum menjadi jaguh kampung..

Dibawah ini adalah salah satu video acara berunsurkan maksiat yang berlaku di negeri Kedah yang ditadbir oleh Pas..Sebelum ini MTK dan rakan rakan Team Media Kedah yang lain telah beberapa kali mendedahkan kegiatan maksiat yang berlaku di sebuah pusta hiburan yang diluluskan oleh kerajaan Pas Kedah..



Dewan Pemuda PAS Selangor (DPP Selangor) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghalang penganjuran Bikini Fashion Show di ibu negara pada 6 Oktober ini.

Ketuanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan berkata, pihaknya mendapat maklumat Bikini Fashion Show itu akan diadakan oleh pihak peganjur di sebuah hotel terkemuka di Bukit Bintang di sini.

“DPP Selangor kesal kerana penganjur tidak sensitif apabila mahu mengadakan acara seperti ini pada waktu umat Islam dalam bulan haji.

“Penganjuran acara berunsur maksiat ini juga satu penghinaan kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tubuh kaum wanita diperalatkan untuk tontonan umum,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Hasbullah berkata, beliau turut menggesa Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lantang dalam pelbagai isu berkenaan Islam sebelum ini supaya menyuarakan bantahan terhadap penganjuran itu.

Ia kerana, kata beliau, umat Islam perlu konsisten dalam melakukan bantahan terhadap sebarang perbuatan yang boleh merosakkan akidah, jati diri dan kedaulatan negara umat Islam.

Justeru itu juga, katanya, DPP Selangor mengecam penganjur acara itu kerana tidak peka dengan adat resam budaya dan agama negara ini.

“Kami minta pihak berwajib dan yang bertanggungjawab memberi kelulusan terhadap penganjuran acara ini menarik balik kelulusan itu,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive