Friday, 16 March 2012

TUDIAA!! BONGKAKNYA SI GUAN ENG BANGSAT NI ??!!



Pemimpin BN di Pulau Pinang dikatakan melenting dengan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa BN perlu "makan telur" (baca: menang sifar kerusi) pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil membidas Lim, mereka menyifatkan setiausaha agung DAP itu sebagai "jaguh kampung".

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin (kiri) berkata kebijaksanaan Lim tenggelam apabila beliau melahirkan harapan bahawa BN tidak perlu diberi sebarang kerusi pada pilihanraya, yang boleh diadakan pada seawal bulan Jun ini.

Shaik Hussein berkata dengan sikap seperti ini, Pakatan Rakyat dijangka akan hanya memenangi jumlah kerusi yang lebih kecil berbanding pada pilihan raya Mac 2008.

"Lim tidak seharusnya terlalu angkuh dan bongkak dengan menjangkakan rakyat Pulau Pinang, terutama golongan profesional, dari semua kaum, akan terus menyokong DAP dengan majoriti dua pertiga, kerana terdapat banyak kekeliruan dalam hal pembangunan di sini.

"Ia adalah jelas bahawa Lim hanya seorang jaguh kampung semata-mata kerana beliau berjaya menipu penduduk kampung, terutama masyarakat Cina, dengan memainkan sentimen perkauman," katanya kepada Malaysiakini.

Pakatan Rakyat kini memegang 29 kerusi di Pulau Pinang, berbanding 11 yang dipegang oleh Umno, manakala sekutu BN - MCA dan Gerakan - gagal mendapatkan sebarang kerusi pada 2008.

Shaik Hussein juga mendakwa Lim berjaya meruntuhkan semangat perpaduan yang telah sekian lama tersemai di kalangan rakyat Pulau Pinang sebelum 2008.

GPB


MTK
@least UMNO ada pegang juga kerusi DUN..Cilaka punya guan eng

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive