Tuesday 13 March 2012

KASI PANAS!! WARTAWAN BODOH PUNCA MB PAHANG MENGAMUK !!



Punca MB Pahang marah.....
Surat kabar berbahasa cina menulis konon Dato Nan yang mencadang sisa Lynas dibuang di Sg Lembing yang mana hebat diperkatakan di internet. Wartawan bertanyakannya dan meminta penjelasan. Dato Nan menjelaskan bukan beliau yang berkata begitu tetapi orang lain (Ketua Pengarah AELB - Dato Raja Abd Aziz Raja Adnan). Serta menyarankan agar penulisan samada blogger atau pun press, hendaklah tepat agar pembaca menerima berita yang tepat.

KESAN:
Ekoran dari itu, MB Pahang terima banyak panggilan telefon. Penduduk Sungai Lembing marah dan nak buat demo. Pihak yang anti Lynas pun marah. Wartawan yang tak bersalah, jadi target marah MB. Reputasi para wartawan mungkin tercalar. Reputasi MB mungkin tercalar. Dan mungkin ada pihak lain mendapat malu.



PENGAJARAN:
Keadaan ini berpunca dari banyak perkara dan boleh dibahaskan dalam pelbagai sudut. Siapa yang betul siapa yang salah, bukan isunya disini tetapi yang lebih penting adalah siapa pun kita, jangan sebar berita fitnah. Jangan sebar berita bersifat provokatif. Dipihak mana pun tidak wajar buat begitu.

Terbukti dalam banyak hal, berkata yang BENAR adalah lebih harmoni. Terlebih-lebih lagi dalam masyarakat yang pelbagai pendirian.

(pada pandangan saya secara peribadi --------- pencetusnya ialah MUNGKIN kerana kesilapan pada pihak yang mula-mula sekali menulis (mungkin blogger, mungkin press) dan TERguna nama 'Adnan" - nama akhir Ketua Pengarah AELB. Tetapi sekiranya bukan 'TER', maka pihak itu memang berniat jahat)

LOKASI : Karnival Buku Pahang 2012, Zenith Hotel, Kuantan
TARIKH : 10-Mar-2012

Sumber sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive