Tuesday 4 March 2014

REBUTLAH PELUANG MEMILIKI RUMAH #PR1MA !! #PR1MAHOMES



Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500.

Perumahan mampu milik ini merupakan produk yang boleh memberi manfaat kepada rakyat selaras dengan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan bertemakan 'menjadikan impian rakyat satu kenyataan'.




Di Kedah sahaja, sebanyak 13,000 unit diluluskan di enam daerah setakat in. Hanya 7,000 unit lagi sedang dicari untuk melengkapkan jumlah 20,000 unit rumah PR1MA di Kedah bagi 12 daerah..

Sebanyak 2700 unit pertama akan dibina di Sidam Kiri ( Sg Petani ) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Hj Najib Tun Abdul Razak beberapa hari lalu.

Ruma PR1MA dijual ddengan harga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Harga rumah teres setingkat PR1MA Kedah ialah RM118,000 berbanding harga pasaran RM141,000, rumah teres dua tingkat berharga RM212,000 berbanding RM253,000 dan rumah berkembar RM160,000 berbanding RM192,000 di pasaran.

Skim sewa beli ditawarkan kepada rakyat yang layak membeli PR1MA tetapi menghadapi kesukaran untuk dapatkan pinjaman bank.. Skim sewa beli ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk dapatkan rumah idaman PR1MA.

2 comments:

Anonymous said...

Harga rumah RM 30,000.00 tak ade ker.Teknologi rumah makin canggih dan kos murah.Mana perginya dasar blue ocean kalau harga rumah ratus ribu.Sama sahaja harga rumah mengikut pasaran semasa dari segi kemampuan rakyat kebanyakan.Kena tukar dasar pulak dari blue ocean kepada blue lagon

Anonymous said...

Lu mana mau lari bangsat. Lu padam post you pun bah ada achive. Tunggu masa you nak kene saman kerana memfitnah orang sesat. Memang lu ni taraf blogger bangsat yang makan najis setiap hari...

http://web.archive.org/web/20121031014332/http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/03/panas-gambar-melayu-di-murtadkan-dalam.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive