Tuesday 4 March 2014

ANGGOTA PDRM MAUT DISERANG PENJENAYAH INDON !!




Seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi parah selepas diserang lima lelaki warga asing awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi selepas dua anggota kereta peronda (MPV) terserempak kumpulan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, selepas cuba menjalankan pemeriksaan kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum merampas senjata api milik seorang anggota polis.



Selepas merampas penjejayah cuba melepaskan tembakan namun gagal sebelum senjata berkenaan berjaya dirampas semula.

Pada masa sama, seorang lagi anggota polis sempat melepaskan tembakan yang menyebabkan dua penjenayah terbunuh sebelum sepasukan anggota polis yang tiba untuk membantu mendapati seorang anggota peronda parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Anggota yang meninggal dunia dikenali sebagai Kpl. Raja Aizam bin Raja Mohd, 53 tahun manakala Kpl Mohd Aidil bin Mustafa, 29, cedera di muka dan kepala.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive