Ramai yang terkejut bila berita KDN mengharamkan buku komik kegilaan kanak kanak ini berkuatkuasa 18fed lepas..
Ada juga berpendapat tindakkan KDN itu satu tindakkan bodoh.. Tapi selepas mendapat gambaran sebenar barulah kita tahu bahawa tindakkan yang dilakukan KDN adalah wajar..
Isi kandungan buku Ultraman sebenarnya mengandungi kalimah Allah yakni berkemungkinan boleh memudaratkan si pembaca..
Jelas bukan? Syabas kepada pihak KDN kerana berjaya menghalang penyebaran buku yang boleh memudaratkan keselamatan awam.
Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment