"Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya ada mendengar bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mengharapkan agar saya diserang sakit jantung (sudden death) dan segera menemui ajal (journey to the "west"). Andainya benar beliau ada menuturkan kata-kata sedemikian, saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan & kebahagiaan agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia. Salam" - Rosmah Mansor
Itu pesanan yang dikirimkan oleh seorang sahabat melalui wassap sebentar tadi, sebelum ini DS Rosmah diserang dan didoakan cepat menemui ajal oleh cina DAP super rasis Hew Kuan Yau Ketua Publisiti dan Penerangan DAP Kebangsaan selepas melihat video ucapan DS Rosmah yang dikeluarkan Malaysiakini.
Hew Kuan Yew seorang pemimpin besar Dap, berkelakuan ekstrem dan anti Melayu Islam dimana sebelum ini si cina dap ini kerap menghina pemimpin pemimpin Umno termasuk Ds Najib..
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berjawatan penting dalam sebuah parti, menghina atau menyindir orang lain lebih bukanlah cara yang baik.. Berpolitiklah secara matang sikit.. DS Rosmah bukanlah seorang pemimpin politik.. Beliau hanya seorang isteri kepada Perdana Menteri yang mempunyai peranan dan tanggungjawab kepada suami beliau ( PM ) dan masyarakat..
Walaupun seringkali dihina dan difitnah dengan bermacam macam cara oleh pembangkang, namun beliau tetap mendoakan kesejahteraan orang yang memfitnah beliau agar diberikan kebaikkan serta kesejahteraan hidup..
Kepada mereka mereka lebih lebih lagi cina DAP, sudah sudahlah, cermin diri dulu sebelum nak kata kat orang lain..
2 comments:
sepatutnya rosmah kena selidik diri sendiri kenapa terlalu ramai rakyat membenci. tak mungkin dalam semua ramai2 yg membenci rosmah adalah jahat. kenapa ini semua tidak berlaku pada isteri2 PM yg terdahulu. klau kita sememangnya baik tidak mungkin org akan membenci kita seperti yg dialami oleh rosmah. terlambat bagi rosmah untuk menunjukkan kebaikan dgn memaafkan org yg menghina beliau. skrg masanya rosmah cari kelemahan dan cermin diri sendiri.
Rosmah telah memperlihatkan sifat penyabar sebagai seorang Islam.Walaupun mungkin ada sedikit kritikan si Yew DAP ini ada kebenaranya dalam sangkaan2 dan tanggapan ramai, namun sifatnya yang tidak menyerang balik terhadap si Yew ini adalah sifat keperibadian mulia dan perlu dipuji.Di zaman kebangkitan Islam di Mekah....Nabi Muhammad SAW tidak kurang dicaci,dimaki dan ugutan untuk dibunuh semasa mengembangkan syariah Islam. Namun puak2 Khafir Qurish ramai yang terpesona dengan sifat2 pemaaf Nabi Muhammad SAW dan terus memeluk Islam. Kita harapkan si Yew DAP ini akan menyanjungi sifat mulia orang Islam yang mudah memaafkan dan InsyaALLAH tak lama lagi dia akan terpikat dengan agama Islam.
Post a Comment