Tuesday, 4 March 2014

AHLI POLITIK SEORANG JANDA KETUA SAYAP PARTI DI TANGKAP KHALWAT ?!!


hiasan

Inilah padahnya bila nafsu melebihi segalanya.. Kerana nafsu juga, tak kenal jawatan dan pangkat.. Itulah yang berlaku kepada seorang mak janda ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berumur 47 tahun..

Menurut laporan Mstar Online, janda berkenaan merupakan seorang ahli politik yang memegang jawatan ketua sayap sebuah parti.. Teringat pulak kisah ostat badrulamin dulu ketika ditangkap khalwat di Pahang.. Tak tahu apa kesudahan kes tu..




KANGAR: Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.

Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.

"Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips.-Mstar

2 comments:

Anonymous said...

Hang x tobat lagi ka?
Mana p post yg cerita mak cik2 melayu murtad tu?

Anonymous said...

Sapa dia habak mai cek nak tau sangat .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive