Sunday, 2 March 2014

#PR1MA !! MENJADIKAN IMPIAN RAKYAT SATU IMPIAN !! #PR1MAHOMES




Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus komited menunaikan janjinya menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat dengan melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) peringkat Kedah di Bandar Utama di sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perumahan mampu milik merupakan produk yang boleh memberi manfaat kepada rakyat selaras dengan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"Untuk Kedah sahaja, melalui PRIMA, sebanyak 13,000 unit diluluskan di enam daerah setakat ini. Hanya 7,000 unit lagi sedang dicari untuk melengkapkan jumlah 20,000 unit rumah PR1MA di Kedah (bagi 12 daerah). Hari ini, kita lancarkan projek 2,700 unit rumah.



"PR1MA mesti dijual sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Saya rasa harga yang dikenakan untuk projek di Sungai Petani ini tidak mahal," katanya ketika berucap melancarkan Perumahan PR1MA Negeri Kedah di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, harga rumah teres setingkat PR1MA Kedah ialah RM118,000 berbanding harga pasaran RM141,000, rumah teres dua tingkat berharga RM212,000 berbanding RM253,000 dan rumah berkembar RM160,000 berbanding RM192,000 di pasaran.

"Dengan pengumuman ini amat jelas bahawa PR1MA dapat tepati sasarannya. Kita juga ada skim sewa beli, masuk skim ini supaya berpeluang dapat rumah idaman," kata beliau.

Pembinaan projek perumahan PR1MA itu dijangka siap pada September 2016.

Najib berkata, jika kerajaan negeri dan kerajaan pusat sama di bawah BN, urusan di peringkat negeri menjadi lebih mudah berbanding negeri yang dipimpin pembangkang.

"Rakyat yang mengenang budi yang telah mengembalikan Kedah kepada BN patut terima peruntukan tambahan daripada kerajaan," katanya sambil memberi jaminan untuk memantau kelancaran projek perumahan PR1MA Kedah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan kerajaan mengurangkan subsidi beberapa barangan sebagai langkah mengukuhkan ekonomi negara.

"Ada yang kata (pengurangan subsidi) seolah-olah bertentangan dengan gagasan dan falsafah Rakyat Didahulukan. Saya nak terangkan, sebagai sebuah kerajaan, kita perlu mengukuhkan ekonomi negara kita.

"Ini bererti mesti menambah hasil negara, bererti mesti mengurangkan pembaziran, ketirisan...beri keuntungan kepada rakyat," katanya. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Sabah sarawak, negeri "deposit tetap BN" bila nak dpt PR1MA..???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive