Saturday 1 February 2014

@RAFIZIRAMLI UBAH SKRIP PULAK DAH !!



Kenyataan terbaru Rafizi selepas ditemubual portal TMI.. Sebelum ini Rafizi berkata langkah meletak bertanding di Dun Kajang untuk mengantikan Khalid sebagai Menteri Besar.. Tapi dalam temubual kali ini Rafizi ubah pula kenyataan bahawa tindakkan Anwar bertanding adalah untuk membantu Khalid untuk menguruskan Selangor.

Kalau nak bantu, bukankah Anwar dilantik sebagai penasihat seringgit khalid sebelum ni??



Kalau setakat nak bantu Khalid, kenapa perlu bertanding di dun selangor??

Baca kenyataan Rafizi di bawah

Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama ‘langkah Kajang’ penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.

“Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.

Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang,” katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.TMI


Dan baca apa yang ditulis oleh blogger DR MIM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive