Dibawah adalah kenyataan bangang penjilat anwar si Assmin dan Rafizi lembu.. Assmin mencabar agar Ds Najib bertanding di Kajang manakala kenyataan Rafizi yang aku tak faham adalah "Tun Mahathir mengatur gerakan menjatuhkan Ds Najib punca Anwar bertanding Dun Kajang..
Apa kena mengena Umno dengan drama kemelut PKR aku pun taktau.. Padahal Anwar kemaruk nak jadi MB.Tiba tiba nak salahkan Umno..
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon di Dun ini bagi menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, presiden Umno itu adalah calon paling sesuai untuk mencabar Anwar kerana kedua-duanya mempunyai kredibiliti, selain kedua-duanya tokoh tertinggi negara.
"Umno-BN kalau berani turun Kajang.
"Jangan letak calon daripada MCA, MIC,Gerakan tetapi letaklah perdana menteri iaitu daripada Umno.
"Kita makan satay Kajang, lepas itu kawan lawan habis-habisan," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis tertinggi PR.
Ini pula kenyataan Rafizi
PENJELASAN RAFIZI BERSABIT TINDAKAN ANWAR BERTANDING DI DUN KAJANG
PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.
"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.
"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.
"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.
"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.
Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.
Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.
"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya.
Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.
"Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.
Tindakkan Rafizi lembu paling bodoh dalam sejarah PKR membabitkan Umno dalam hal ini semata mata untuk menutup kemelut dalaman PKR yang makin meruncing..
Diharap rakyat boleh menilai kerakusan Anwar, Azmin untuk menjatuhkan Khalid gagap semata mata untuk mengaut kekayaan negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment