Thursday 30 January 2014

BEKAS PESURUHJAYA PAS SELANGOR SEDAR PAS LEMBU PKR !!



Hak menggantikan Menteri Besar Selangor adalah milik semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR), bukan hanya diputuskan oleh PKR.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman yang juga Yang Dipertua Pas Kapar berpendapat, berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada pihak akar umbi, ramai tidak bersetuju sekiranya PKR memutuskan sendiri keputusan siapa menteri besar sekiranya ia benar berlaku.

“Secara peribadi saya bersetuju dengan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman bahawa Pas akan menghantar dua atau tiga calon kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia terpulang sama ada mendapat perkenan.



“Dan kita sudah ada senarai itu dan kita bukan 100 peratus bersetuju jika PKR ingin menentukannya sendiri ,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kemenangan PR di Selangor pada PRU13 lalu ada sumbangan daripada semua parti dalam komponen dan sebarang keputusan yang melibatkan negeri sepatutnya dibincangkan bersama.

Tambahnya, peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga menimbulkan persoalan dari banyak pihak berikutan kelibatnya juga tidak kelihatan memberi penjelasan.

“Kita faham, beliau (Chin Cheh) ada hak jika mahu meletak jawatan tetapi secara profesional dan berakhlak, perkara ini pada pandangan saya sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bersama bagi mendapatkan pandangan daripada pimpinan Pas dan Dap.

“Saya difahamkan ia berlaku tiba-tiba dan Pas Selangor juga tidak dirujuk mengenai perkara itu. Ini melibatkan kos yang banyak untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK). Takkanlah kita hendak habiskan duit begitu saja, banyak lagi perkara boleh dilaksanakan,” katanya.- sinar

2 comments:

Anonymous said...

takutnye aku s'gor jadi mcm ng sodom, atas ke bawah, bawah ke atas.

Anonymous said...

Salam,
Alaaa hangpa percaya la dgn lakonan puak PAS Haram jadah ni.. last2 ribut dalam cawan..lepas tu pakat2 terjah UMNO konon UMNO yg buat isu..

Jgn percayalah dgn PAS haram jadah ni..mampuih pi lah kt depa.. munafik2 besar berkopiah dlm PAS... kenal depa dlu baru faham siapa org2 PAS..

Kalau depa baik beriman 10 tahun lalu mereka dh bubar tak berzina dgn DAP dan PKR.. tp sbb PAS pun penzina politik.. jd jgn heranlah kekotoran yg mereka main ini bersama2..

Jgn heran Selangor akan hancur sbb majoriti Melayu sokong PAS..konon UMNO ni teruk sgtdah.. silakan... biar lah jahanam negeri maksiat 1001 tu..

Dan..Muka2 pemuda PAS tu muka MUNAFIK.. muka HARAM JADAH.. bkn Islam yg depa cari tp nafsu haloba tamak kuasa politik..
sorrylah aku takkn rezpek parti anak setan nik najis ni.. bab Allah pun depa main2.. ini bab2 lebih kecik.. nak harap apa. kan depa sahabat dgn SETAN!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive