Friday 31 January 2014

GILIRAN PAS PULA SODOM ANWAR DARI BELAKANG !!



Ahli-ahli PAS digesa supaya tidak membiarkan agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tercapai kerana tindakan itu satu pengkhianatan kepada parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan kerusi Menteri Besar Selangor yang dipilih oleh PAS menerusi Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang juga tidak sepatutnya ditukar tanpa sebab munasabah.



"Dengan melibatkan diri dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda Anwar juga adalah satu pengkhianatan terhadap PAS. Tidak sewajarnya ahli PAS membiarkan perkara ini berlaku," katanya.

Beliau berkata tindakan licik Parti Keadilan Rakyat (PKR) menukar jawatan Menteri Besar Selangor menerusi pilihan raya kecil DUN Kajang adalah satu pengkhianatan kepada PAS dan menghina Abdul Hadi.

"Mempertikai Abdul Khalid sebagai Menteri Besar secara berterusan adalah bererti mempertikai kebijaksanaan Presiden PAS.

"Abdul Khalid sebenarnya telah menguruskan kerajaan negeri dengan baik dan masalah berlaku hanya dalam kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi memandangkan beliau amat tegas dalam soal pengurusan kewangan, katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Anwar Ibrahim dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh.

Bahkan, pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis Pimpinan Rakyat yang bermesyuarat semalam.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dengan meletakkan jawatan semalam selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Sewajarnya, tegas Mohd Khairuddin, jawatan Menteri Besar Selangor diserahkan kembali kepada PAS dengan meletakkan Iskandar Samad sebagai calon yang paling layak.

"Apa yang dilakukan PKR ini adalah satu taktik untuk mengelak jawatan Menteri Besar beralih ke tangan PAS. Ini membuktikan sikap mereka yang hanya mengutamakan kepentingan parti sendiri bukannya kepentingan pakatan pembangkang," ujarnya - ANTARAPOS.

2 comments:

Anonymous said...

Baca boleh, percaya jangan. Statement puak munafik ni toksah di layan. Ini sume strategic statement yg di rancang oleh pr.
Setakat ketua penerangan ni...lupakan lah. Ko punya presiden, naib presiden ko nak letak mane? Sume org tau depa tu sume penjilat jubor anwar, anwar angkat jari je, berdesup penganut2 pas akan akur. Ko diam je lagi baik.
Satu lagi..nabi najis tua kutok pas ko nak letak mana? X mampos lagi, ko pandai2 nak lwn anwar. Dia kapir kan ko baru tau...

Anonymous said...

Kali ini kerusi MB untuk PAS plak. Sultam akan perkenankan , tapi klau calon dari PKR belum tentu lagi. Hidup PAS. Takbiiiir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive