Monday, 2 December 2013

@najibrazak SUDAH SAMPAI MASANYA KERAJAAN PERKENALKAN METER ELEKTRIK PREPAID



Siang tadi Menteri Tenaga mengumumkan kadar baru tarif elektrik dinaikkan sebanyak 4.99 sen bagi semenanjung dan 5 sen bagi Sabah dan Sarawak.

Kenaikkan tarif baru ini sedikit sebanyak Membebankan penguna dimana hampir semua keperluan rakyat dinaikan secara mendadak selepas PRU 13.

Kita faham kenaikkan ini berpunca akibat peningkatan kos bahan api yang tak dapat dielakkan




Justeru aku mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan meter elektrik jenis prepaid untuk golongan berpendapatan rendah sederhana.

Hanya penguna yang mengunakan meter prepaid sahaja diberi subsidi penuh oleh kerajaan..

Meter elektrik prepaid ini telah diguna pakai di negara negara maju termasuk negara jiran kita iaitu Brunei Darusalam.. Kadar pengunaan meter prepaid lebih murah berbanding meter digital tnb sekarang.

3 comments:

Anonymous said...

Indonesia sudah lama pake meter elektrik prepaid. Memang ternyata hemat sekali.

Anonymous said...

Elektrik adalah keperluan asas rakyat. Tetapi, harga tariff elektrik adalah membebankan. Setiap tahun kita boleh saksikan pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama CEOnya duduk tersenyum mengumumkan keuntungan yang bernilai berbillion-billion Ringgit Malaysia, seolah-olah mereka sangat pandai menjalankan perniagaan. TNB sepatutnya bertindak sebagai penyedia perkhidmatan yang berkonsepkan rakyat, bukannya syarikat koperat yang mementingkan keuntungan semata-mata. TNB sendiri dimulakan dan didirikan dari wang rakyat, maka sepatutnya rakyat mendapat menafaat dari penubuhan TNB, bukannya sengsara dengan bil dari TNB.
Rakyat tahu akan kesan Penyedia Kuasa Bebas (IPP) kepada perbelanjaan TNB. Jadi, saya memohon kerajaan kajilah balik perjanjian IPP dengan TNB. Jangan hanya kerana nak jaga kroni-kroni, maka suara kami tidak dipedulikan.
Saya sangat pelik dengan cara pengurusan TNB ‘menjaga’ paras keuntungan TNB. Dalam perniagaan, secara asasnya, UNTUNG = PENDAPATAN – KOS. Bila saja terdapat kenaikan harga bahan api yang melibatkan KOS, maka secara tak langsung, UNTUNG akan berkurangan. Jadi untuk memelihara margin UNTUNG, maka pengurusan membuat keputusan untuk menaikan paras PENDAPATAN melalui kajian semula tariff. Semudah inikah cara pengurusan TNB? Penat saya setiap kali saya membaca berita pengumuman kenaikan tariff serta alasan-alasan yang diberi bagi menjastifikasikan kenaikan tersebut. Pengurusan TNB sepatutnya kena berfikir dengan lebih jauh seperti melakukan projek-projek inovasi yang bersifat MENAMBAH PENDAPATAN & MENGURANGKAN KOS.
Secara mudah, TNB tidak akan mengahadapi masalah besar kerana TNB adalah PENYEDIA TUNGGAL dalam perkhidmatan ini. TIADA SAINGAN. Jadi, TNB ambillah untung sekadar yang perlu untuk menampung kos operasi, janganlah pada kadar melampau hingga berbillion-billion Ringgit Malaysia yang akhirnya rakyat yang menerima padahnya.

Anonymous said...

Syabas bro...inovasi yg bersifat MENAMBAH PENDAPATAN & MENGURANGKAN BEBAN PENGGUNA.Inovasi produk barangan elektrik EE+SE(self energy) including servis and maintenance.Terlibat re-cycle barangan elektrik.Target utama menguasai teknologi dan inovasi barangan elektrik utk di eksport.Penggunaan green technology amat di galakan.Back fire to IPP.IPP akan fire gomen atas lambakan tenaga yg tidak di gunakan.Kemudian gomen kerja kuat utk tarik pelaburk utk menampung lebihan tenaga yg tidak di gunakan.Mungkin di kerahnya tiang lampu berdiri setia di setiap tepi jalan negeri,bandar dan kampung serta lebuhraya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive